1Kedai Mudah

1Kedai Mudah
Pakatan Bersama Mudah.My

Saturday, 10 December 2016

DIAGNOS DIRI: 19 TANDA IMAN KITA LEMAH

SIMPTOM IMAN KITA SEDANG MELEMAH DAN SAKIT BILA..
  1. Tidak rasa berdosa bila membuat maksiat atau membuat sebarang dosa samada dosa kecil atau besar
  2. Hati yang keras dan tidak ada keinginan untuk membaca dan mentadabbur al-Quran
  3. Rasa malas dalam mengerjakan ibadah, contohnya melewatkan waktu solat
  4. Mengabaikan sunah nabi
  5. Mood yang selalu berubah dan mudah kecewa dengan perkara remeh
  6. Tiada apa-apa perasaan bila mendengar bacaan al-Quran, contohnya bila mendengar ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang azab akhirat dan juga balasan baik di hari akhirat.
  7. Merasa satu kesukaran bila hendak mengingat Allah atau berzikir. serta tidak merasa satu kelazatan atau nikmat bila berada di majlis mengingati Allah atau berzikir
  8. Tidak merasa diri teruk bila melakukan sesuatu yang melanggar syariat
  9. Mengejar kemasyhuran, pangkat dan kekayaan
  10. Mengajak orang lain berbuat baik tapi diri sendiri tidak melakukan demikian
  11. Merasa suka bila orang lain ditimpa kesusahan
  12. Hanya pentingkan status halal atau haram sahaja dan mengabaikan yang makruh
  13. Memandang rendah pada orang yang melakukan kebajikan yang mudah-mudah seperti mencuci dan membersihkan masjid.
  14. Tidak begitu peduli dengan keadaan umat Islam yang lain
  15. Tidak  ada rasa bertanggungjawab dalam menyebarkan syiar Islam
  16. Suka berbalah dan menuduh tanpa bukti
  17. Taksub dan leka dengan hal-hal keduniaan. Contohnya sangat kecewa bila kehilangan sesuatu yang berkait dengan kebendaan dan kekayaan
  18. Bakhil dan takut hartanya berkurang
  19. Merasa diri selalu betul
sumber:melur hasanah

Kredit gambar dari: https://aurorasheen.wordpress.com/
Kredit artikel dari: http://didakwah.blogspot.my
Untuk Ummah Kerana Allah..

Friday, 9 December 2016

DISEMBER 2016: SEMAKAN SENARAI GAJET KHAS TERBARU

Berikut adalah senarai 38 dari kesemua 78 GAJET UNIK dan JARANG DITEMUI di Malaysia ialah:


KLIK UNTUK LEBIH DETAIL BAGI SETIAP GAJET
   1) Kamera CCTV pengintip saiz Mikro kawalan dari Handfon Android.
   2) Pen pintar berkamera spy rahsia fungsi 5 dalam 1
   3) Penjejak dan Pengintip Lokasi GPS terkecil dari Siemens
   4) Kacamata Spy berkamera Definisi Tinggi Full HD 1080p
   5) Skop Alat Dengar Penembus Dinding hingga 6 inci Tebal
   6) Kamera Penghantar Imej MMS ke handphone anda
   7) Pengesan Logam Dalam Tanah 'Mini Pinpointer'
   8) Kamera Spy Butang Baju Rahsia
   9) Kacamata spy berkamera spy Definisi Tinggi HD
  10) Pendrive Spy berkamera dengan pengesan pergerakan U9
  11) Kamera Kabel Snake Borescope Bagi Android
  12) Penghalau tikus gelombang Ultra-sonik
  13) Penembak bacaan Suhu infra-red tanpa sentuhan.
  14) Pemancar Perkongsian Astro untuk 4 Skrin serentak
  15) Lampu Limpah berkuasa solar dengan sensor pergerakan
  16) Powerbank kecemasan penghidup enjin kereta serbaguna.
  17) Perakam USB Siaran TV, Astro dan Game ke komputer.
  18) Kamera Perakam Log Perjalanan Kualiti HD
  19) Kamera Saiz Kuku Wireless Mac Gyver
  20) Pendrive Spy definisi tinggi kualiti HD
  21) Dron Spy Helicopter Quad (Nyamuk) berkamera
  22) Spy Penjaga Pintu GSM Pengaktifan Suara
  23) Jaluran Lampu Dingin Elektro
  24) GPS Komunikasi 2 Hala untuk Sikecil dan Penjaga
  25) Projektor Mini HDMI 150 Lumens Tayangan skrin 80 inci
  26) Alatubah Kuasa Elektrik dari Bateri Kereta jadi Elektrik Rumah 230V.
  27) Topeng Separuh Muka
  28) Pemain media Youtube, AVI dan MP4 ke Skrin TV Biasa
  29) Kamera saiz mikro teknologi wireless 300 kaki.
  30) Pendrive perakam perbualan 10 jam.
  31) Kamera Spy Penyamaran seperti sebuah ‘Plug Pengecas AC.
  32) Kamera CCTV Kawalan Telefon Pintar Android / Iphone
  33) Pengecas Bateri 12V Mudah-Alih dari Rumah.
  34) Kamera pemanduan dengan lensa tambahan mudah alih.
  35) Beg Bahu Gaya Penyiasat FBI / CIA Amerika.
  36) Beg Sandang Taktikal Skuad Pemburu
  37) Pencucuh Api berkamera Spy rahsia.
  38) Jam tangan spy berkamera Kremlin 8gb dan 16gb
Sekian terimakasih atas perhatian anda.
Peniaga dan Pengedar baru juga dialu-alukan. Hanya perlu respond "YA SAYA MINAT !"
Klik: http://www.1kedai.com/kedai/index.php?option=com_content&view=article&id=52:tracker&catid=15:gajet-elektronik&Itemid=7
www.1kedai.com
Email: 1kedai.com@gmail.com
Tel: 010-201 2001

SEJAK 2008 ~ TERUS KEKAL NOMBOR 1 HINGGA KINI 2016. INSYA'ALLAH !
Tentang Saya ? Klik Sini !
___________________________________________________
Satukedai Resources Sdn Bhd ( No Daftar Niaga: 001994010-W )
___________________________________________________

Tuesday, 29 November 2016

MATEMATIK: 100 - 90 = 190. BETUL KE JAWAPAN NI ?

Betulkah jawapan nye adalah 190. Jangan salah sangka kerana ianya bukan perkiraan hukum pernomboran manusia !

Soalan di atas bukan merupakan kiratolak matematik yang benar menurut perhitungan manusia. Tapi ianya adalah hitungan matematik yang maha kaya dan maha pemurah - Allah Subahanahu Wa Ta'ala... Subhanallah...
Segala puji bagi Allah yang memiliki segala ilmu, manusia hanya di berikan sedikit ilmu Allah supaya kita mampu berfikir.
Begini perhitungan matematik sedekahnya :
100 - 10 = 190
Kita memiliki wang RM100, yang RM10 di sedekahkan, bererti wang kita tinggal RM90.
Tapi Allah Subhanahu wa ta'ala memberi kita ganjaran sedekah 10 X ganda dari yang kita sedekahkan tadi, bererti ganjaran dari Allah Subhanahu wa ta'ala adalah 10 x 10 = 100. Wang kita yang masih ada adalah RM90 di tambah hasil ganjaran dari Allah Subhanahu wa ta'ala 100, total wang kita menjadi RM190.

Subhanallah... wang kita tidak berkurang tapi malah bertambah, begitulah janji Allah Subhanahu wa ta'ala seperti dalam FirmanNya :  


مَن جَآءَ بِٱلْحَسَنَةِ فَلَهُۥ عَشْرُ أَمْثَالِهَا ۖ وَمَن جَآءَ بِٱلسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَىٰٓ إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

"Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)."

(QS Al-An'am Ayat 160)

Perhitungan matematik di atas masih terlalu kecil, masih ada perhitungan yang lebih dahsyat lagi menurut Firman Allah Subhanahu wa ta'ala :


مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍ ۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui."
(QS Al-Baqarah Ayat 261)

Jadi sedekah kita akan dilipat gandakan oleh Allah Subhanahu wa ta'ala menjadi 700 X. Subhanallah... Maha Suci Allah dengan segala firmanNya...

قَالُوا۟ سُبْحَٰنَكَ لَا عِلْمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْعَلِيمُ ٱلْحَكِيمُ

"Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".
(QS Al-Baqarah Ayat 32)


Petikan dari http://kisahislammasakini.blogspot.my

Thursday, 17 November 2016

7 SEBAB KENAPA PELAJAR GRED 'C' RAMAI JADI MANUSIA BERJAYA.


Jangan salah anggap andai kata anak anda kurang berjaya dalam pelajaran kerana ada 7 sebab yang anda perlu fikirkan.



1. Mereka faham apa yang mereka inginkan 

Pelajar "C" tidak menghabiskan banyak masa untuk kelas yang tidak penting.

Jika anda hendak menjadi seorang juruteknik, sudah jelas yang anda tidak perlu menulis karanngan yang panjang tentang budaya dan percutian anda.

Mereka berhenti mengambil kelas yang diperlukan dan lebih fokus pada pekerjaan yang berkaitan dengan subjek yang dapat membantu mereka ketika kerja.

"The only way to succeed, is to love what you do. Keep looking, don't settle" - Steve Jobs

2. Mereka mendapat pengalaman lebih awal.

Kebanyakan pelajar "C" mula bekerja lebih awal berbanding rakan sebaya yang lain, yang mana gred mereka rendah disebabkan mereka terpaksa ponteng kelas untuk mencari rezeki. Dalam masa yang sama, mereka mendapat pengalaman yang tidak ternilai harganya.

3. Mereka bina rangkaian.




Ketika pelajar "A" sibuk belajar, pelajar "C" berkomunikasi dengan ramai orang setiap hari. Dalam kehidupan sebenar, mengenali orang yang berkedudukan tinggi serta berkebolehan dalam komunikasi akan memberi kesan yang besar dalam kerjaya.

4. Mereka tahu menghayati hidup.

Baik ketika di kolej mahupun kerja, orang yang bahagia lebih berjaya. Mereka lebih mudah didekati dan dapat menceriakan keadaan, dan itulah salah satu kemahiran yang ketua anda mahukan.

5. Mereka mempunyai penyelesaian paling mudah.

Antara kata-kata Bill Gates yang terkenal, "I will always choose a lazy person to do a hard job. Because he will find an easy way to do it".

6. Mereka mengejar impian.

Kebanyakan kisah kejayaan datang daripada perasaan suka akan apa yang mereka lakukan. Apabila anda masuk ke kolej, anda sangat muda dan boleh jadi anda tidak memahami apa yang sebenarnya yang anda inginkan.



Sebagai contoh, Elizabeth Holmes, yang keluar dari Stanford hanya untuk mengejar cita-citanya. Kini, dia jutawan wanita termuda yang membuat perubahan besar dalam perubatan.

7. Mereka faham apa itu kesusahan.

Kejayaan memerlukan kebijaksanaan dari segi emosi, ketabahan, keinginan dan yang paling penting, kemampuan untuk mengatasi kegagalan.

Dalam bisnes ataupun kehidupan, anda akan ada saat jatuh dan bangun walau apa pun gred anda. Pelajar "C" akan lebih berjaya kerana mereka tahu apa itu kepayahan, bermula dengan lulus peperiksaan dan berakhir dengan mencari wang untuk memulakan bisnes.



Kredit motivasi ini dari: Tranungkite.net

Sunday, 6 November 2016

DAJJAL - ASAL KETURUNAN


Sebuah Kajian Hipotesis
“Dajjal Adalah Dari Suku Ashkenazi”
Di atas adalah pernyataan teori penulis tentang asal usul Dajjal. Hipotesis ini dilakukan secara ringkas sahaja melalui maklumat-maklumat dari buku, jurnal dan internet. Di bawah ini beliau ingin menjelaskan mengapa Dajjal berasal dari suku Ashkenazi.

Asal-Usul Keluarga Dajjal
 
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Nabi Khidhir, para malaikat dan Iblis yg di tangguhkan kematian sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung (kebiasaannya orang Yahudi memang berhidung sebegini). Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman a.s dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.
Apa itu Ashkenazi ?
Ashkenazi ialah nama suku (tribe) dari salah satu cabang dari bangsa Yahudi. Manakala Yahudi itu pula ialah berasal dari suku bangsa sebelah Siti Sarah iaitu isteri Nabi Ibrahim a.s. Semua anak keturunan dari perut Siti Sarah adalah digelar Bani Israel.

Bani Israel ialah gelaran kepada Nabi Yaakob a.s. yang mana semua keturunannya bermula dari Nabi Daud, Nabi Sulaiman sehinggalah Nabi Musa dan Nabi Isa adalah berketurunan Yahudi  yang digelar Bani Israel.
Populasi Suku Ashkenazi?
Populasi terbanyak adalah di Amerika Syarikat dimana dianggarkan seramai 5-6 juta orang menetap di sana. Diikuti pula oleh negara Israel, dianggarkan seramai 3-4 juta orang menetap di Israel.
Adakah Dajjal berketurunan Yahudi?
Pandangan peribadi penulis ialah: YA !
Tiada hadith khusus menyebut Dajjal dari keturunan Yahudi. Saya berpegang kepada atas 2 fakta sahih di bawah:
# 1 (Pertama) – Berdasarkan riwayat Ahmad dan Muslim dari Anas.
“Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi Isfahan yang memakai toga.”
=>> Orang-orang Yahudi mempunyai sifat semulajadi iaitu hanya mempercayai orang sebangsa dengan mereka. Ini disebabkan semenjak zaman Nabi Ibrahim lagi umat Yahudi berpegang bahawa mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah.
=>> Yahudi Isfahan mengikut arahan Dajjal kerana mereka tahu pemimpin mereka adalah berbangsa Yahudi seperti mereka.
# 2 (Kedua) – Berdasarkan realiti dunia hari ini yang dikuasai golongan Yahudi.
Saya telah menerangkan dalam artikel-artikel sebelum ini betapa Yahudi sejak 300 tahun dahulu telah pun menguasai dunia dari pelbagai aspek seperti:
  • Politik Antarabangsa
  • Ekonomi Dunia
  • Hiburan dan Perfileman
Di atas dua fakta di atas saya amat berkeyainan Dajjal berketurunan Yahudi. Cuma dalam artikel ini saya ingin mengkhusus akan suku-suku Yahudi itu.
# 3 (Ketiga) – Berdasarkan pendapat Janet Moser 
Janet Moser seorang pengkaji konspirasi Yahudi berpendapat bahawa Dajjal (AntiChrist) adalah dari bangsa Yahudi.
Dalam artikelnya yang bertajuk “THE EARLY JEWISH & CHRISTIAN VIEW OF THE IDENTITY OF THE ANTICHRIST”, Moser mengambil fakta dari kitab Injil dalam bab 11 (Daniel) ayat ke-37, yang berbunyi:
“Neither shall he regard the God of his fathers . . .nor regard any god: for he shall magnify himself above all.”
P/S: Sama ada ayat-ayat dari Injil benar atau tidak bukanlah tugas kita, ia adalah tugas cendekiawan-cendekiawan Islam untuk memperbetulkannya, misalnya Syeikh Ahmed Deedat, Syeikh Dr. Zakir Naik, Adnan Oktar, Muhammad Isa Dawud dan lain-lain. Namun apa yang hendak ditegaskan di sini ialah umat Kristian sendiri mempercayai bahawa Dajjal itu adalah berketurunan Yahudi.
Cuma yang boleh kita perhalusi ialah dari suku manakah Dajjal itu berasal kerana Yahudi mempunyai pelbagai cabang suku antaranya ialah:
  • Mizrahi
  • Khazar
  • Sephardi
  • Askhenazi
  • Samaritan
Sumber: http://ibnuyaacob.com.my/

Tuesday, 1 November 2016

KENAPA DAGING ANJING HARAM DIMAKAN ?

Setiap yang Allah perintahkan atau larang pasti terdapat hikmah atasnya.
Jika Allah mengharamkan sesuatu pasti terdapat keburukan di dalamnya, jika Allah menghalalkan sesuatu pasti ada kebaikan di dalamnya untuk kelangsungan hidup manusia di bumi ini. Kali ini, kita akan membahaskan mengapa daging anjing diharamkan ? Adakah sebab ilmiah yang dapat kita ketahui? Berikut penjelasannya.
Prof. Thabârah dalam kitab Rûh ad-Dîn al-Islâmi menyatakan,

"Di antara hukum Islam bagi perlindungan badan adalah penetapan najisnya anjing. Ini adalah mu'jizat ilmiyah yang dimiliki Islam yang mendahului ilmu kedoktoran moden. Perubatan moden menetapkan bahawa anjing menyebarkan banyak penyakit kepada manusia, disebabkan anjing mengandung cacing pita yang menularkannya kepada manusia. Ia menjadi sebab manusia terjangkit penyakit yang berbahaya, sehingga boleh membunuh.
Sudah ditetapkan bahwa seluruh anjing tidak lepas dari cacing pita sehingga wajib menjauhkannya dari semua yang berhubungan dengan makanan dan minuman manusia.
[Taudhîhul-Ahkam, Syaikh Ali Bassâm, 1/137].



Gambar cacing-cacing pita yang kotor yang boleh membunuh terdapat dicelah daging anjing.
Dalam riwayat lain:

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullâh Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

" Sucikan bejana kalian yang dimasuki mulut anjing dengan mencucinya 7 kali, salah satunya dengan tanah"
[HR Muslim no. 420 dan Ahmad 2/427]

Barangsiapa memelihara anjing selain anjing untuk menjaga binatang ternak dan anjing untuk berburu, maka amalannya berkurang setiap harinya sebanyak satu qirâth (satu qirâth adalah sebesar gunung Uhud)."
[HR. Muslim no. 2941].


Juga sabda beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam :

Penghuni rumah yang memelihara anjing selain anjing untuk menjaga binatang ternak atau anjing untuk berburu, maka amalannya berkurang setiap harinya sebanyak dua qirâth.
[HR. Muslim no. 2945].

Demikian juga Rasulullâh Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
Barangsiapa memelihara anjing, maka amalan shalehnya akan berkurang setiap harinya sebesar satu qirâth, selain anjing untuk menjaga tanaman atau hewan ternak.
[HR Muslim no. 2949].


Dari Abu Mas'ûd Radhiyallahu 'anhu beliau berkata:

Rasulullâh Shallallahu 'alaihi wa sallam melarang hasil penjualan anjing, mahar (hasil) pelacur, dan upah dukun.
[Diriwayatkan oleh Imam, Ahmad 4/118-119, 120, al-Bukhâri 7/28 dan Muslim no. 1567.]


Hadits Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu yang berbunyi, bahwasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda:

Semua yang memiliki gigi taring dari hewan buas maka memakannya haram. [HR Muslim 1933]

Meskipun demikian, bukan berarti apa yang Allah ciptakan adalah sia-sia atau tidak ada munafa'atnya. Karena Allah menciptakan alam semesta ini dengan tujuan yang haq (benar), dan Allah hendak menguji dari hamba-hambaNya siapa yang terbaik perbuatannya, dan Allah menguji siapa yang benar-benar beriman dan siapa yang masih ragu-ragu.

Lalu apa manafa'at anjing? Binatang yang satu ini dapat dimanafa'atkan untuk menjaga haiwan ternak atau juga boleh dijadikan haiwan pemburu. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Barangsiapa memelihara anjing selain anjing untuk menjaga binatang ternak dan anjing untuk berburu, maka amalannya berkurang setiap harinya sebanyak satu qiroth (satu qiroth adalah sebesar gunung uhud)."
(HR. Muslim).


'Abdullah mengatakan bahwa Abu Hurairah juga mengatakan, : "Atau anjing untuk menjaga tanaman."

Jadi anjing dapat dimanafa'atkan untuk menjaga binatang ternak dan khusus untuk berburu setelah dilatih terlebih dahulu.

"Jika kamu melepas anjingmu, maka sebutlah asma' Allah atasnya (Bissmillah), maka jika anjing itu menangkap untuk kamu dan kamu dapati dia masih hidup, maka sembelihlah."
(HR. Bukhari dan Muslim)


Wallahu a'lam bishshawab

Kredit untuk: detikislam.blogspot.my

Saturday, 22 October 2016

TAHUN BARU 2018. APA KAITAN ANTARA TOPI KON DENGAN MURTAD ?

Anda tentu biasa dengan topi bentuk kon di majlis-majlis keramaian atau harijadi / tahun baru bukan ? Nama sebenar dalam budaya asalnya dipanggil 'Topi Sanbenito'.
Ada kisah duka disebalik sejarah topi Sanbenito.
Setiap pergantian tahun baru Masehi, trompet dan topi kon tidak boleh ditinggalkan. Di balik semua itu, ada sejarah yang tersimpan berkaitan dengan umat Muslim di masa lalu.


Dalam kajian Kristologi yang disampaikan Irena Handono, semasa Raja Ferdinand dan Ratu Isabela (keduanya penganut Kristian) berkuasa di Andalusia, ketika itu kaum Muslimin dibunuh tetapi memberi jaminan hidup kepada orang Islam dengan satu syarat, yakni keluar dari Islam.
Maka untuk membezakan yang mana sudah murtad dan yang mana belum keluar dari Islam adalah dengan mengenal pasti seseorang muslim itu memakai baju seragam dan topi berbentuk kon dengan nama Sanbenito. Jadi, Sanbenito adalah sebuah tanda berupa pakaian khusus untuk membezakan individu yang telah keluar dari agama Islam ( murtad ).
Ketika itu umat Islam di Andalusia dibunuh, kecuali bagi mereka yang memakai topi Sanbenito. Topi itu digunakan semasa keluar rumah termasuk ketika ke pasar. Dengan menggunakan sanbenito, mereka selamat dan tidak akan dibunuh.

 Selepas pembunuhan selesai, agenda Ratu Isabela selanjutnya adalah mengejar orang Islam yang lari dan bersembunyi ke Amerika Selatan. Orang Islam yang ditangkap lalu diseret ke lembaga inkuisi (penyeksaan) yang dilaksanakan oleh orang gereja. Adapun paderi pertama yang dilantik Ferdinand dan Isabela untuk melaksanakan penyeksaan tersebut adalah paderi bernama Torquemada. Dia adalah Pengarah Yahudi yang dikenali sebagai pembunuh umat Islam Andalusia.

Bukan hanya orang Islam sahaja yang diseret ke lembaga penyiasatan, tapi juga orang Yahudi yang menolak masuk Kristian. Di tanah lapang, ada yang dibakar hidup-hidup, ada pula yang diseksa dengan kayu yang diruncingkan sehingga punggungnya akan tertusuk. Penyeksaan lain seperti mematahkan tulang kaki berlaku.

  
Selepas enam abad peristiwa kejam tersebut, berjuta-juta umat Muslim di dunia mengenakan topi kon Sanbenito ketika menyambut tahun baru Masehi. Ketika pergantian tahun, mereka dengan wajah gembira membunyikan trompet, teeeeet ! dan sama sekali tidak faham makna topi di kepalanya itu.

Kredit untuk: Detik Islam dari sumber islampos.com / Gambar sumber dari Google

Tuesday, 27 September 2016

KAJIAN PEMASARAN INTERNET DAN PEMBELI DI MALAYSIA

Kenapa website dan blog pemasaran kumpulan 1kedai Dotcom kesemuanya berbahasa Melayu sejak 2008 ? Ini pendapat saya dari kajian yang dibuat yang relevan dengan tulisan saudara Al-Hakim Marzuki.



Tadi saya ada buat sedikit kajian. Mungkin data ini kurang tepat. Ini hanyalah statistik saya buat sendiri berdasarkan sumber seperti yang dinyatakan di dalam gambar.
.
Jom kita buat andaian berdasarkan gambar di atas:
>> 70% dari 3 juta adalah pembeli produk fizikal = 2 juta.
>> 50% dari 2 juta adalah pembeli produk kesihatan = 1 juta.
>> 10% dari 1 juta adalah suka membaca online = 100 ribu.
.
Data tidak boleh di andai-andaikan, kerana jika tersilap walau hanya 1%, segala statistik sudah jadi tidak relevan dan boleh merugikan prestasi sesebuah syarikat.



   Malaysia (31 juta)
   Melayu (15 juta)
   Facebook (7 juta)
   Pembeli Online (3 juta)
   Produk Fizikal (2 juta)
   Produk Kesihatan (1juta)
   Pembaca Online (100 ribu)
.
Hanya mahu visualize sahaja berapa ramai target market yang releven dengan e-commerce kami nanti. Kalau kesemua 100 ribu prospek ini menjadi kipas-susah-mati brand kami, ia sangat AWESOME!
.
Banyak lagi yang perlu di timbang berat lagi. Mungkin prospek akan jadi lebih sedikit. Takpa, kita pelan-pelan kayuh.


Tulisan Al-Hakim Marzuki.

KESAN MINUM COKE PADA BADAN ANDA SELEPAS 1 JAM



Apa kesan meminum air Coke kepada badan anda ?
Hanya setelah 1 jam, hasilnya mengejutkan anda. Baca seterusnya.

Pernahkah anda terfikir tentang apa yang berlaku selepas pengambilan iar berkarbonat seperti Coke ?

Satu infografik menarik dari blog 'Truth Theory' telah menunjukkan kesan sampingan pengambilan minuman seperti Coca-Cola terhadap badan manusia yang memudaratkan hanya sejam selepas kita meneguknya.


Selepas 10 minit pertama:

10 sudu gula mula memasuki sistem badan anda. Ia menyamai 100% keperluan gula harian anda dalam hanya satu tin Coke.
Kandungan asid fosforik didalam minuman tersebut menghindarkan badan anda dari rasa nak muntah akibat dari rasa manis yang melampau dan membolehkan anda menelan minuman tersebut.

Selepas 20 minit seterusnya:

Paras gula dalam darah anda meningkat secara mendadak. Ini menyebabkan insulin dalam badan anda dirembes secara tiba-tiba.
Hati anda mula mengalami kesannya dengan bertindak menukar gula yang berlebihan tersebut kepada lemak.

 Selepas 40 minit:

Minuman seperti Coke mengandungi kandungan kafein yang tinggi selain dari gula. Pada masa ini, penyerapan kafein mula berlaku dalam badan anda.
Ini menyebabkan anak mata anda terbuka luas. Tekanan darah pula meningkat naik dan sebagai tindakbalas, hati anda mula menyingkirkan lebih banyak gula kedalam sistem peredaran darah.
Serta merta, sistem saraf Adenosine di dalam otak anda telah dihalang bagi mengelakkan anda dari kurang sedar ataupun pengsan.

Selepas 45 minit:

Badan anda mula menghasilkan dopamine dan merangsang bahagian tertentu otak anda. Dopamine menghasilkan kesan ketenangan sama seperti mengambil heroin.

Selepas 60 minit berikutnya:

Elemen-elemen seperti asid fosforik mula bertindak balas dengan unsur kalsium, magnesium dan zink bagi menambah metabolisma badan.


 
Kesan kafein pula akan menyebabkan anda merasa ingin kencing dan ini akan membuang kebanyakan kalsium, magnesium dan juga zink yang sepatutnya digunakan untuk menguatkan tulang, menyebabkan tulang anda kekurangan zat-zat harian.

Pada masa ini, 'kegilaan' di badan anda mulai beransur pulih dan badan anda akan mengalami fenomena yang dipanggil 'sugar crush'.
Anda akan mengalami rasa mudah marah, lembap serta keletihan melampau yang disebabkan kandungan gula dalam darah menurun secara mendadak. Kesan ini adalah sama seperti penagih heroin yang menjadi tidak tentu arah setelah kesan dadah tersebut menghilang.

Kesan yang sama seperti dadah.

Ketika mengulas lanjut mengenai fenomena ini, pakar pemakanan Nutricentre.com iaitu Ella Alfred berkata bahawa pengambilan minuman bergas secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu menghidap masalah kesihatan seperti masalah jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Amat sukar untuk mengelakkan dari meminum minuman bergas kerana gula dan kafein merangsang otak mengikut cara yang sama seperti dadah kokain dan heroin yang menyebabkan anda merasa kesan 'ketagihan' yang seterusnya merosakkan sistem badan anda.


Kredit untuk:  http://www.tambahcheese.com

Monday, 26 September 2016

PENDAPAT SEORANG YAHUDI TENTANG ISLAM



Michael David Shapiro:
 
“Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..
Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia “Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.

Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam… Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?
Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.
Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.
Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan… Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.
Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya’. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.
Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.
Lepas tu aku bertanya pada diriku “Mana aku akan mula?” Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja.”
 
 
Ok, lepas tu.. “ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, ’10 Commandments’, Taurat, jiwa Yahudi…apa,.. apa jiwa Yahudi?
Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)’…. tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).
Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?…hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.
Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?
Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?
Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini… Ok kita tengok isu lain pula…
Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli’. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..
Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil… tak logik… aku tak percaya.
Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia’.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata “Bapa, kenapa aku dibuat begini?” Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam….
Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami.
Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.
Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.
Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.
Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament” atau Christianity di dalam ‘New Testament”. Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan “Juda” dan “ism” sementara Christinity daripada perkataan “Christ” dan ” ianity”…
Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.
Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.
Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah “Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah “Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ?
Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.
Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu… tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku… Tak masuk akal.
Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku. Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.
Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..
Allahu Akbar…….
Oleh Michael David Shapiro
Wallahualam..”
 
Kredit untuk:  detikislam.blogspot.my

Friday, 23 September 2016

ADAKAH SEKITAR MATA ANDA ADA BINTIK PUTIH SEPERTI INI ? AWAS !!..

 Kolesterol Tinggi - bintik-bintik putih kecil yang timbul sekitar mata 

7 Ciri-Ciri Anda Mungkin Kena Serangan Jantung Disebabkan Kolesterol Tinggi Meskipun Anda Kurus.

Jika anda tidak mahu berisiko mengalami pelbagai penyakit kerana kolesterol , maka anda harus berwaspada ciri ciri kolesterol tinggi sejak awal . Gangguan kesihatan yang biasanya dialami oleh orang dewasa ataupun warga tua ini adalah sebuah gangguan kesihatan yang banyak berisiko untuk menimbulkan terjadinya penyakit lain yang lebih kronik . 

Cuba tengok wajah sendiri ada tak bintik-bintik putih kecil yang timbul sekitar mata? Atau benjolan warna kuning pada hujung kelopak mata. Kalau ada jaga-jaga, kemungkinan besar tahap kolesterol anda tinggi.

Ini bahaya untuk kesihatan sebab kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan penyakit jantung dan serangan strok. Sekarang dua penyakit ini sudah dihidapi ramai golongan muda, dalam lingkungan usia 30-an pun sudah ada yang mengalaminya.
Tapi selain dari ciri yang disebutkan tadi, ada 6 lagi tanda yang menunjukkan tahap kolesterol anda tinggi. Kalau rasa simptom di bawah ini ada pada diri atau pun pasangan cepat cepatlah bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan sebelum terlambat.

1. Kaki sering berasa kebas
Ia terjadi kerana darah bergumpal menyebabkan alirannya ke bahagian kaki tidak lancar.
2. Mudah letih dan cepat mengantuk 
Peningkatan kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan kita cepat mengantuk.
3. Senak dada sebelah kiri
Ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolesterol terlampau tinggi.
4. Sering sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher
Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
5. Kaki membengkak 
Ini kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
6. Timbul bintik-bintik putih (biji lemak)
Ia hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar trigliserida yang tinggi.
7. Tanda kuning muda
Pada tengah atau hujung kelopak mata - merupakan mendapan kolesterol, ada juga yang mengalami benjolan pada padat siku, tumit atau lutut.
Selalunya kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan pemakanan yang berlemak. Sekiranya tanda-tanda dah mula dirasai jaga pemakanan dan agak malang kalau dah tahu petanda ni tapi diabaikan atau tak berjumpa doktor.
Sumber Kolesterol - Pemakanan Berlemak
Bercakap tentang kolesterol, ramai yang akan menganggap hanya mereka berbadan gemuk atau berisi sahaja berdepan dengan masalah ini Menurut pakar diet tanggapan itu sebenarnya memang salah berikutan kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah tidak bergantung kepada saiz badan seseorang Justeru itu, tidak pelik jika seorang yang kurus turut mempunyai paras kolesterol yang tinggi 


Kredit untuk:  http://www.tranungkite.net/v12

Tuesday, 9 August 2016

KEAJAIBAN LARANGAN BELA ANJING OLEH RASULULLAH S.A.W



Eramuslim.com – Dari ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Barang siapa yang memelihara anjing selain anjing penjaga binatang ternak, atau anjing pemburu maka dikurangi dari pahala kebaikannya dua qirath setiap hari.” (HR Bukhari dan Muslim)
Selalu saja di dalam ajaran Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam kita temukan faidah, pencegahan dan penjagaan/perlindungan untuk diri kita, karena beliau shallallahu ‘alaihi wasallam sangat belas kasihan terhadap kita, sebagaimana dalam firman-Nya tentang sifat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:
” (dia) Amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mu’min.” (QS At-Taubah: 128)

Maka beliau shallallahu ‘alaihi wasallam menginginkan untuk kita kebaikan dan menginginkan untuk kita kesihatan. Oleh kerana itu beliau shallallahu ‘alaihi wasallam mengharamkan memelihara anjing, dan menganggapnya sebagai makhluk yang najis, serta memperingatkan manusia darinya.

Para ilmuwan telah mengungkapkan banyak hal tentang anjing, dan ini adalah hal paling akhir yang dicapai oleh ilmu pengetahuan. Dalam sebuah penelitian terbaru yang pertama, yang dilakukan oleh para ilmuwan dari University of Munich terbukti bahwa memelihara anjing di rumah meningkatkan kemungkinan terkena kanser payudara. Kajian ini menemukan bahwa 80 peratus wanita yang menderita kanser payudara ini adalah mereka yang memelihara anjing di rumah mereka dan melakukan sentuhan secara terus-menerus dengan anjing-anjing tersebut.

Sementara mereka menemukan bahwa orang-orang yang memelihara kucing tidak dijangkiti jenis kanser tersebut! Ianya disebabkan kerana sisi kesamaan yang besar antara kanser payudara pada anjing dan manusia. Mereka telah menemukan suatu virus yang menyerang manusia dan anjing secara serentak, dan terkadang ia berpindah (menular) dari anjing ke manusia. Virus ini memiliki peranan yang utama dalam proses terjangkitnya kanser tersebut.


Mereka menemukan bahawa para wanita di negara-negara Barat lebih besar kemungkinannya untuk terjangkit kanser payudara dibandingkan para wanita di negara-negara Timur. Ketika mereka mengkaji tentang perbezaan mendasar antara kedua kelompok wanita ini, mereka menemukan bahwa para wanita di Barat terbiasa memelihara anjing “manja” di rumah mereka. Sementara di negera Timur jarang ditemukan seorang wanita yang memelihara anjing manja!

Dalam kajian lain, para ilmuwan menemukan bahawa anjing menyimpan virus-virus penyebab kanser payudara, yang namanya MMTV (mouse mammary tumour virus). Tatkala bersentuhan dan berinteraksi dengan anjing, virus-virus ini akan berpindah ke tubuh manusia dengan mudah.
Ini baru sedikit yang diketahui oleh manusia, sesungguhnya kesan buruk yang disebabkan kerana bersentuhan dengan anjing adalah sangat besar. Para ilmuwan telah mengungkapkan “sesuatu” yang banyak di dalam air liur anjing, darah dan bulunya, semuanya adalah sarang bagi bakteri-bakteri dan virus. Dan yang perlu diketahui bahwa di dalam kucing tidak terkandung virus-virus tersebut!

Dari sini, wahai pembaca yang budiman mungkin kita dapat mengetahui mengapa Nabiyurrahmah (Nabi yang penuh kasih sayang) shallallahu ‘alaihi wasallam melarang ummatnya memelihara anjing di rumah, dan membatasi tujuan memelihara hanya pada penjagaan di luar rumah. Bahkan beliau shallallohu ‘alaihi wa sallam memerintahkan ummatnya agar mencuci wadah air tujuh kali, dan salah satunya dengan tanah jika ada seekor anjing yang minum air dari wadah tersebut. Subhanallahu.

[Abduddaim Kaheel/diterjemahkan oleh Abu Yusuf Sujono/inilah]

RAHSIA MATA KUCING DARI SUDUT ILMIAH

 
DALAM kisahnya, diketahui bahawa salah satu haiwan yang disukai Rasulullah adalah kucing. Beliau memelihara kucing dengan penuh kasih sayang dan kelembutan. Hal inilah yang diajarkan oleh Rasulullah dalam bertindak terhadap ciptaan Allah yang lain, yakni binatang.

Kucing mempunyai mata yang dapat membezakan biru, hijau dan merah dengan mudah. Walaupun demikian, kelebihan utama dari mata kucing adalah mampu melihat di malam hari. Pada malam hari, kelopak kucing akan terbuka. Saat mata terkena sedikit cahaya maka lapisan mata (iris) akan membuat pupil menjadi lebih besar, bahkan hampir 90%. Hal ini memudahkan mereka lebih mudah untuk melihat saat gelap. Selain itu, ketika mata kucing mendapat cahaya yang terang, maka sistem akan bekerja berlawanan dalam melindungi retina, pupil akan mengecil dan berubah jadi garis yang tipis. Inilah fakta tentang kucing dalam Islam.

Terdapat lapisan yang ada di belakang retina. Lapisan ini berfungsi untuk memantulkan cahaya, bahkan cahaya akan melalui retina sebanyak dua kali. Hal inilah yang membuat kucing dapat melihat di malam hari dan menjadikan mata kucing kelihatan bersinar saat di tempat yang gelap. Lapisan ini bernama kristal tapetum lucidum.

Selain kerana lapisan tersebut, alasan mengapa kucing dapat melihat di malam hari adalah kerana sel-sel batang pada mata lebih banyak daripada sel-sel kon. Walaupun sel ini hanya membentuk bayangan hitam atau putih tapi sel ini sangat sensitif terhadap cahaya sehingga dengan sedikit cahaya pun kucing masih boleh melihat.
 

Ternyata, tidak hanya kemampuan melihatnya yang menjadi keistimewaan kucing dalam Islam, tetapi juga bola mata kucing lebih besar daripada bola mata manusia. Apabila bidang penglihatan manusia hanya 160 darjah, tapi kucing mempunyai bidang penglihatan sebanyak 187 darjah. Hal ini membuatnya dapat melihat ancaman dengan lebih mudah.

Terdapat membran ketiga pada mata kucing yakni nictitating membrane. Membran telus ini bergerak dari bahagian mata satu ke bahagian mata lain. Contohnya adalah kucing tidak perlu menutup seluruh matanya ketika berkelip. Bahkan membran ini melindungi mata kucing dari debu dan benda-benda lain sehingga matanya akan sentiasa dalam keadaan lembab dan bersih.

Kelemahan mata kucing adalah tidak boleh fokus pada benda yang dekat, seperti halnya dengan mata manusia. Namun, Allah menciptakan bulu kucing dan penciumannya yang mampu mengesan hal-hal di dekatnya sehingga ia dapat meresponnya dengan baik.

Mata pada kucing juga lebih sensitif pada gerakan, keindahan dan segala sesuatu yang sesuai pada jarak penglihatan mereka. Mata dan otak kucing dapat memisahkan tiap pergerakan bingkai demi bingkai. Hal inilah yang membuat kucing mampu menangkap mangsanya berdasarkan objek bergerak. Inilah kedudukan kucing dalam pandangan Islam.

Allah telah mencipta ciri-ciri mata kucing dengan sangat luar biasa. Hal ini menunjukkan bahawa semua ciptaan Allah mempunyai kelebihan masing-masing sehingga kita harus banyak bersyukur atas kenikmatan tersebut.

sumber islampos.com
Kredit khas untuk:  http://detikislam.blogspot.my/