Michael David Shapiro:
“Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..
Suatu malam aku berjalan
ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan
serumahku. Aku masih ingat bertanya dia “Boleh tak aku simpan vodka ini
dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur.
Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.
Kawan
aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku
kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya
kepada dia tentang Islam… Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang
jihad, siapa Muhammad?
Perbualan kami turut
disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi
kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam
sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.
Tanpa kusedari minatku
telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian
mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan.
Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah
tuhan.
Dalam kesungguhanku
mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah,
ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak
tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan…
Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.
Suatu ketika dulu aku
buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan
orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi
orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya’.
Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin
bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya
tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.
Ketakjuban yang baru aku
jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia
beragama kemudian menjadi tumpuanku.
Lepas tu aku bertanya
pada diriku “Mana aku akan mula?” Secara lisan ada ribuan jenis
kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan
sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang
percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku.
Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja.”
Masa aku buat kajian
perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu
dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut
Judaism (agama Yahudi)’…. tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi
diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).
Jadi tuhan juga buat
jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat
semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu
dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti
berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati
agamanya sesat?…hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.
Satu hal lagi yang
peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau
macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan
elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang
aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?
Kita teruskan..Aku
dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak,
seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1
=3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?
Penjelasan lepas
penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas
perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini…
Ok kita tengok isu lain pula…
Jesus mati disebabkan
dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan
‘dosa asli’. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk
menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada
dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..
Ok, kalau begitu
maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah
sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu
melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku
yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni
pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul
dosanya? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun
satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam
tu? Tuhan tak zalim..mustahil… tak logik… aku tak percaya.
Jadi Jesus Christ mati
kerana beliau ‘mengasihi manusia’.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus
berkata “Bapa, kenapa aku dibuat begini?” Bermakna Jesus tak faham
kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela
dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan
begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam….
Islam bermaksud
penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu
sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin,
berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika
mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami.
Tak ada yang bercanggah
dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti
saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.
Ok. Islam telah melepasi
tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa
soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya..
semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau
persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah
tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang
Sains moden dan teknologi.
Semakin aku membuat
kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu
perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam.. nama
agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.
Walau bagaimanapun,
mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu
perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament” atau Christianity di dalam
‘New Testament”. Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak
jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang
tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism
datang daripada perkataan “Juda” dan “ism” sementara Christinity
daripada perkataan “Christ” dan ” ianity”…
Jadi siapakah Juda ini?
Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada
manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita
tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan
risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini
dinamakan dengan nama manusia.
Bercanggah dengan fakta,
agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci
mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.
Kalaulah aku jual barang
dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah “Tuan nak beli
barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah “Apakah
barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual
walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ?
Menamakan sesuatu adalah
perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan
fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di
atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.
Sudah tentu sekali nama
agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin
macam tu… tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis
dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan
yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah
mustahil pada pendapat aku… Tak masuk akal.
Pada hujah ini, Judaism
dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan
menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku. Islam adalah hanya
satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini
sangat penting dan bermakna bagiku.
Aku kini menyedari aku
wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur
diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam
cahaya kebenaran..
Allahu Akbar…….
Oleh Michael David Shapiro
Wallahualam..”
Kredit untuk: detikislam.blogspot.my
No comments:
Post a Comment