DALAM kisahnya,
diketahui bahawa salah satu haiwan yang disukai Rasulullah adalah
kucing. Beliau memelihara kucing dengan penuh kasih sayang dan
kelembutan. Hal inilah yang diajarkan oleh Rasulullah dalam bertindak
terhadap ciptaan Allah yang lain, yakni binatang.
Kucing mempunyai mata
yang dapat membezakan biru, hijau dan merah dengan mudah. Walaupun
demikian, kelebihan utama dari mata kucing adalah mampu melihat di malam
hari. Pada malam hari, kelopak kucing akan terbuka. Saat mata terkena
sedikit cahaya maka lapisan mata (iris) akan membuat pupil menjadi lebih
besar, bahkan hampir 90%. Hal ini memudahkan mereka lebih mudah untuk
melihat saat gelap. Selain itu, ketika mata kucing mendapat cahaya yang
terang, maka sistem akan bekerja berlawanan dalam melindungi retina,
pupil akan mengecil dan berubah jadi garis yang tipis. Inilah fakta
tentang kucing dalam Islam.
Terdapat lapisan yang
ada di belakang retina. Lapisan ini berfungsi untuk memantulkan cahaya,
bahkan cahaya akan melalui retina sebanyak dua kali. Hal inilah yang
membuat kucing dapat melihat di malam hari dan menjadikan mata kucing
kelihatan bersinar saat di tempat yang gelap. Lapisan ini bernama
kristal tapetum lucidum.
Selain kerana lapisan
tersebut, alasan mengapa kucing dapat melihat di malam hari adalah
kerana sel-sel batang pada mata lebih banyak daripada sel-sel kon.
Walaupun sel ini hanya membentuk bayangan hitam atau putih tapi sel ini
sangat sensitif terhadap cahaya sehingga dengan sedikit cahaya pun
kucing masih boleh melihat.
Ternyata, tidak hanya
kemampuan melihatnya yang menjadi keistimewaan kucing dalam Islam,
tetapi juga bola mata kucing lebih besar daripada bola mata manusia.
Apabila bidang penglihatan manusia hanya 160 darjah, tapi kucing
mempunyai bidang penglihatan sebanyak 187 darjah. Hal ini membuatnya
dapat melihat ancaman dengan lebih mudah.
Terdapat membran ketiga
pada mata kucing yakni nictitating membrane. Membran telus ini bergerak
dari bahagian mata satu ke bahagian mata lain. Contohnya adalah kucing
tidak perlu menutup seluruh matanya ketika berkelip. Bahkan membran ini
melindungi mata kucing dari debu dan benda-benda lain sehingga matanya
akan sentiasa dalam keadaan lembab dan bersih.
Kelemahan mata kucing
adalah tidak boleh fokus pada benda yang dekat, seperti halnya dengan
mata manusia. Namun, Allah menciptakan bulu kucing dan penciumannya yang
mampu mengesan hal-hal di dekatnya sehingga ia dapat meresponnya dengan
baik.
Mata pada kucing juga
lebih sensitif pada gerakan, keindahan dan segala sesuatu yang sesuai
pada jarak penglihatan mereka. Mata dan otak kucing dapat memisahkan
tiap pergerakan bingkai demi bingkai. Hal inilah yang membuat kucing
mampu menangkap mangsanya berdasarkan objek bergerak. Inilah kedudukan
kucing dalam pandangan Islam.
Allah telah mencipta
ciri-ciri mata kucing dengan sangat luar biasa. Hal ini menunjukkan
bahawa semua ciptaan Allah mempunyai kelebihan masing-masing sehingga
kita harus banyak bersyukur atas kenikmatan tersebut.
sumber islampos.com
Kredit khas untuk: http://detikislam.blogspot.my/
No comments:
Post a Comment