Apa kesan meminum air Coke kepada badan anda ?
Hanya setelah 1 jam, hasilnya mengejutkan anda. Baca seterusnya.
Pernahkah anda terfikir tentang apa yang berlaku selepas pengambilan iar berkarbonat seperti Coke ?
Satu infografik menarik dari blog 'Truth Theory' telah menunjukkan kesan sampingan pengambilan minuman seperti Coca-Cola terhadap badan manusia yang memudaratkan hanya sejam selepas kita meneguknya.
10 sudu gula mula memasuki sistem badan anda. Ia menyamai 100% keperluan gula harian anda dalam hanya satu tin Coke.
Kandungan asid fosforik didalam minuman tersebut menghindarkan badan anda dari rasa nak muntah akibat dari rasa manis yang melampau dan membolehkan anda menelan minuman tersebut.
Selepas 20 minit seterusnya:
Paras gula dalam darah anda meningkat secara mendadak. Ini menyebabkan insulin dalam badan anda dirembes secara tiba-tiba.
Hati anda mula mengalami kesannya dengan bertindak menukar gula yang berlebihan tersebut kepada lemak.
Selepas 40 minit:
Minuman seperti Coke mengandungi kandungan kafein yang tinggi selain dari gula. Pada masa ini, penyerapan kafein mula berlaku dalam badan anda.
Ini menyebabkan anak mata anda terbuka luas. Tekanan darah pula meningkat naik dan sebagai tindakbalas, hati anda mula menyingkirkan lebih banyak gula kedalam sistem peredaran darah.
Serta merta, sistem saraf Adenosine di dalam otak anda telah dihalang bagi mengelakkan anda dari kurang sedar ataupun pengsan.
Selepas 45 minit:
Badan anda mula menghasilkan dopamine dan merangsang bahagian tertentu otak anda. Dopamine menghasilkan kesan ketenangan sama seperti mengambil heroin.
Selepas 60 minit berikutnya:
Elemen-elemen seperti asid fosforik mula bertindak balas dengan unsur kalsium, magnesium dan zink bagi menambah metabolisma badan.
Kesan kafein pula akan menyebabkan anda merasa ingin kencing dan ini akan membuang kebanyakan kalsium, magnesium dan juga zink yang sepatutnya digunakan untuk menguatkan tulang, menyebabkan tulang anda kekurangan zat-zat harian.
Pada masa ini, 'kegilaan' di badan anda mulai beransur pulih dan badan anda akan mengalami fenomena yang dipanggil 'sugar crush'.
Anda akan mengalami rasa mudah marah, lembap serta keletihan melampau yang disebabkan kandungan gula dalam darah menurun secara mendadak. Kesan ini adalah sama seperti penagih heroin yang menjadi tidak tentu arah setelah kesan dadah tersebut menghilang.
Kesan yang sama seperti dadah.
Ketika mengulas lanjut mengenai fenomena ini, pakar pemakanan Nutricentre.com iaitu Ella Alfred berkata bahawa pengambilan minuman bergas secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu menghidap masalah kesihatan seperti masalah jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Amat sukar untuk mengelakkan dari meminum minuman bergas kerana gula dan kafein merangsang otak mengikut cara yang sama seperti dadah kokain dan heroin yang menyebabkan anda merasa kesan 'ketagihan' yang seterusnya merosakkan sistem badan anda.
Kredit untuk: http://www.tambahcheese.com
No comments:
Post a Comment