Kenapa perut buncit anda semakin hari semakin membuncit? Anda perlu tahu, ia menjadi buncit bukan semata-mata kerana disebabkan anda banyak makan tau…
Berikut adalah beberapa kebiasaan atau tabiat buruk yang anda lakukan sendiri sehingga menyebabkan perut anda jadi semakin buncit.
1. Lupa Makan
Disebabkan aktiviti yang terlalu padat, anda sering lupa untuk makan. Sedangkan ketika anda terlambat makan, tubuh tidak akan membakar semua kalori yang sudah anda makan.Selain itu, makan sambil berbaring juga akan menyebabkan gangguan sistem penghadaman. Berhenti menikmati sebarang makanan sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur. Jika terasa lapar, sebaiknya anda makan sepotong buah untuk mengalas perut.2. Kurang Tidur
Kurang tidur boleh meningkatkan hormon stress dan kortisol di dalam tubuh. Meningkatnya kadar kortisol dalam tubuh akan membuat anda semakin memerlukan gula atau makanan manis. Tidur yang mencukupi akan membantu anda mengatur lemak perut dan selera makan. Jadi, cubalah dapatkan tidur yang mencukupi pada setiap malam.3. Minum Minuman Berkarbonat
Anda suka minum minuman berkarbonat atau air gas?Tahukan anda pengambilan minuman tersebut hanya akan membuatkan berat badan anda naik berlipat kali ganda berbanding yang tidak meminumnya. Jadi, cubalah untuk menghindarinya.4.Terlalu Percaya Pada Makanan Rendah Kalori
Tentu ramai di antara anda yang percaya makanan rendah lemak atau low fat, cukup bagus. Padahal makanan rendah lemak biasanya mengandungi lebih banyak gula dan garam untuk menggantikan rasanya. Kurangkan pengambilan makanan rendah kalori, dan gantilah dengan pengambilan avokado dan minyak zaitun. Jalan terbaik, setiapkali membeli makanan, baca terlebih dahulu setiap label makanan dan periksa kandungan lemak yang anda. Hindari makanan olahan rendah lemak.5. Makanan Bergoreng
Makanan yang digoreng atau bergoreng banyak mengandungi banyak lemak trans yang boleh menyumbat arteri dan mengumpul lemak di kawasan perut. Jadi anda makan makanan bergorang pastikan anda makan bersama salad dan air lemon agar seimbang.6. Kurang Pengambilan Protein
Pengambilan protein yang mencukupi boleh membantu anda mengendalikan nafsu makan dan meningkatkan hormon supaya anda tidak makan berlebihan. Protein juga akan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama, dan membuat anda langsing secara semulajadi.Info Ekstra!
Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang boleh menjawab segala persoalan kenapa perut buncit yang sedang anda hadapi.Hindari menikmati makanan seperti saat marah, sedih, atau kecewa.Apatah lagi sambil duduk di depan TV,anda pasti tidak akan sedar berapa banyak makanan yang sudah masuk ke dalam perut anda.
Jika tidak mahu perut anda jadi semakih buncit, cuba kurangi kebiasaan anda untuk mengunyah itu ya!
Kredit untuk: http://www.lelakisihat.com
No comments:
Post a Comment