Saturday, 16 April 2016
SENJATA API MELAYU YANG DIGELAPKAN SEJARAH.
Adakah benar semasa Portugis menceroboh Melaka, pahlawan-pahlawan melayu Melaka pada waktu itu hanya mempertahankan bumi tanah air mereka hanya dengan menggunakan keris, parang dan lembing? Sejauh mana keterlibatan orang-orang Melayu didalam arena senjata api? Adakah benar orang-orang Melayu dianggap asing dengan teknologi ini?
Memetik dari buku The Golden Chersonese and the way Thither, penulisnya Isabella L Bird telah mencatatkan bahawa senjata-senjata utama orang-orang Melayu ada keris, pedang (mengikut catatan Bird, jarang digunakan tetapi lebih kepada perhiasan), parang (juga untuk kegunaan harian selain daripada senjata) dan tombak-tombak bermata besi (menurut Bird, senjata yang memakan banyak nyawa ketika Perang Perak). Selain daripada senjata-senjata perang tradisional, bird juga mencatatkan kehadiran Matchlocks, Blunderbusses dan Lelahs. Bird dipetik sebagai berkata:
"The malay weapons consist of the celebrated kris with its flamed shape wavy blade, the sword, regarded, however, more as an ornament, the parang, which is both knife and weapon, the steel headed spear, which costs us many lives if the Perak war, Matchlocks, Blunderbusses and Lelahs, long hevay brass gun used for the defence of the stockade behind which the malays usually fight.they make their own gunpowder and uses cartridges made of cane."
Mungkin kepada yang sudah arif tentang terma-terma persenjataan moden, perkataan-perkataan ini mungkin tidak asing, namun bagi yang kurang pengetahuan tentang ilmu senjata, saya terpinga-pinga dengan istilah-istilah asing ini. Jika terma umum seperti Grenade Launchers, Machine Guns atau Bazooka mungkin juga pernah saya dengar tapi Matchlocks, Blunderbusses dan Lelahs?
Matchlock adalah sejenis senapang yang mempunyai kancing (locks) yang merupakan moyan kepada senapang patah pada hari ini. Orang melayu memanggilnya Istinggar atau Senapang Kancing Sumbu. Blunderbusses pula sejenis senapang yang mempunyai ukuran lebih pendek dari Matchlock. Orang Melayu memanggilnya Pemuras. Pistol tangan yang lebih pendek pula dipanggil Terakol atau Tarkol yang agak popular dikalangan lanun-lanun dan pedagang-pedagang laut Melayu. Lela pula ada lah meriam-meriam Melayu.
1. Pemuras (Malay Blunderbuss)
2. Istinggar (Malay Flintlock Musket)
3. Tarkul ((Malay Flintlock Pistol)
Nota :
Terlebih dahulu ingin ditegaskan disini bahawa ini hanyalah untuk memberi perspektif lain dari apa yang kita pernah baca atau faham tentang sejarah melayu (Islam). Kerana selama ini kita hanya baca atau dengar apa yang di sogokkan oleh penjajah-penjajah yang telah menjajah kita sekian lama.
Sebenarnya kita bangsa melayu telah pun maju sebelum kedatangan penjajah-penjajah ini iaitu Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris.
Kita bukanlah bangsa yang malas, yang hanya layak untuk tinggal di kampung-kampung sebagai petani. Kita bukan bangsa yang sentiasa sukakan hiburan. Sebenarnya kita adalah bangsa yang GAH, KUAT dan MASYHUR... yang berdagang dengan memiliki kapal-kapal dagang sendiri jauh lebih awal dari kedatangan orang-orang cina ke Semenanjung Tanah Melayu.
Kita telah pun berdagang hingga ke Benua Afrika dan Arab sebelum kedatangan kaum-kaum lain ke Tanah Melayu. Malah Tanah Jajahan Melayu membawa hingga ke sempadan negara Cina.
Dengan membaca apa yg ada ini, maka dapatlah kita menilai semula dan BERTEKAD untuk mencapai semula zaman kegemilangan tersebut. Juga dapat kita mengkaji di mana silapnya hingga kita ketinggalan jauh terkebelakang dengan bangsa-bangsa yang datang menumpang dan terkemudian dari kita...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment