OTAK manusia adalah sistem bio-elektronik yang amat kompleks. Info terkini hasil pemetaan oleh ahli saraf menemui daya kompleksnya adalah 1400 kali lebih rumit jika dibandingkan dengan sistem rangkaian telefon saat ini.
Otak manusia juga mempunyai 10 juta sel saraf yang mempunyai kemampuan merakam lebih dari 86 juta byte (lebih kurang 11 juta huruf) / sehari atau jika dihitung, ingatan manusia sepanjang hayatnya mencapai 100 trilion byte (sekitar 12.5 trilion huruf)
Firman Allah yang bermaksud:
"( Iaitu ) orang-orang
yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah hanya
dengan mengingati Allah itu, hati menjadi tenteram." (Ar-Rad, ayat 28)
Otak hanyalah
aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang
ditugaskan untuk melakukan tugas-tugas tertentu untuk membolehkan ia
berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta
saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh
yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang
kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang
tidak terbatas.
Oleh kerana itu, apabila
seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti
Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.
Ini mewujudkan satu
aliran bio-elektrik di kawasan saraf otak tersebut . Bila zikir disebut
berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan
turut menambah tenaga bio-elektrik .
Lama-kelamaan kumpulan
saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk
turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami
perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif
dan kritis berbanding sebelum berzikir. Otak yang segar dan cerdas
secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan
menerima kebenaran.
HASIL KAJIAN SAINTIFIK
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, edisi Disember 1993.
Satu kajian yang
dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian
imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak
sedar.
Dalam kajian ini,
sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka diharuskan
membaca setiap kata tersebut satu persatu dan menyambung kata-kata
dengan kata kerja yang berkaitan.
Ketika sukarelawan
melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan
peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila
sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang
kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan
kawasan saraf lain. Ketika senarai kata baru diberikan kepada mereka,
aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekaligus
membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti
perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah
kemampuannya.
Subhanallah, "maka nikmat Tuhanmu manakah yang kamu dustakan?"
DARI SUDUT ISLAM
Didalam "Al-Wabil" yang dikarang oleh Al-Hafiz Ibnu Qayyim telah menyebut akan kelebihan zikrullah itu lebih daripada seratus faedah dan di antaranya ialah:
Didalam "Al-Wabil" yang dikarang oleh Al-Hafiz Ibnu Qayyim telah menyebut akan kelebihan zikrullah itu lebih daripada seratus faedah dan di antaranya ialah:
- Zikir adalah membanting syaitan daripada menghampiri orang yang berzikir
- Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah swt dan cinta itu roh Islam, agama dan sumber kejayaan dan kebahagian. Barangsiapa ingin mendapatkan cinta Allah hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya.
- Zikir mendatangkan sikap muraqabah yang membawa seseorang kepada martabat ihsan.
- Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri yang bulat kepada Allah. Dengan ini lama-kelamaan setiap urusan dan setiap keadaan Allah menjadi Pelindung dan Pembantunya.
- Zikir membawa seseorang kepada taqarrub Ilallah.
- Zikir adalah pembuka hijab dan pintu makrifat mengenai Allah.
- Zikir menghidupkan hati. Perumpamaan orang berzikir dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang hidup dan orang mati.
- Zikir adalah santapan roh dan hati. Seandainya keduanya tidak mendapat santapan seumpama jasad tidak mendapat makanan yang akhirnya menjadi lemah.
- Zikir adalah pembersih dan penggilap bagi hati.
- Nur zikir sentiasa bersama dengan orang yang berzikir sama ada di dunia atau di dalam kubur.
- Zikir ibarat pohon. Sewaktu pohon itu besar dan akarnya tertancap kuat, maka buahnya akan bertambah baik. Zikir membuahkan maqam-maqam semuanya dari kesedaran penuh menuju tauhid.
Sepertimana Firman Allah Swt melalui Surah Ar-Ra'd Ayat 28 yang bermaksud:
"Ketahuilah bahawa dengan berzikir kepada Allah itu, jiwa menjadi tenang""
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber jurnalhajiumroh.com, halaqah.net dan iluvislam.com
No comments:
Post a Comment