Bank Artikel dari www.1kedai.com bagi perkongsian ilmu dan dakwah kerana Allah.
1Kedai Mudah
Pakatan Bersama Mudah.My
Thursday, 5 May 2016
BAGAIMANA IKEA DIASASKAN OLEH INGVAR KAMPRAD
Perjalanan Hidup Pengasas IKEA – Ingvar Kamprad
IKEA merupakan jenama pilihan kebanyakan warga Kuala Lumpur dan
Selangor apabila mahu mencari barang kelengkapan rumah. Namun disebalik
populariti jenama antarabangsa ini, tidak ramai dari kita yang kenal
akan pengasasnya — Ingvar Kamprad, seorang usahawan dari Sweden yang
memulakan IKEA pada 70 tahun yang lalu.
Perjalanan Ingvar Kamprad sebagai seorang usahawan kecil sehingga
mencapai nilai kekayaan sebanyak USD48.1 billion (anggaran RM200 billion
++), menjadikan beliau antara salah seorang dari self-made billionair atau bllionair yang datang dari golongan sederhana terkaya di dunia.
Usahawan perabot ini terkenal dengan sikap innovatif, gemarkan
kehidupan yang ringkas dan sangat merendah diri. Sikap yang masih
dikekalkan dari muda sehingga kini di mana beliau sudah mencecah umur 89
tahun. Jom kita lihat ringkasan perjalanan hidup pengasas IKEA ini:
Kredit Foto: Business Insider
Beliau dilahirkan di selatan Sweden pada tahun 1926, dan menunjukkan
sikap keusahawanan seawal umur 5 tahun, di mana beliau mula menjual
kotak mancis. Pada umur 10 tahun, beliau sudah mula menjual pelbagai
barang seperti ikan, hiasan krismas dan pensil melalui cara berbasikal
dari rumah ke rumah.
Kredit Foto: Wikimedia
Walaupun beliau mempunyai penyakit Dyslexia yang menyebabkan beliau
sukar menguasai pelajaran, namun berjaya mencapai keputusan cemerlang
sewaktu berumur 17 tahun. Bapa beliau memberi sedikit duit sebagai
hadiah dan beliau menggunakan duit tersebut untuk membuka IKEA pada
tahun 1943. Pada awalnya, IKEA tidak menjual sebarang perabot sebaliknya
menjual barang-barang kecil seperti bingkai gambar. 5 tahun kemudian,
baru IKEA mula menjual perabot.
Kredit Foto: Business Insider
Beliau menamakan perniagaan beliau IKEA sempena nama beliau (I)ngvar
(K)amprad, dan nama ladang di mana beliau dilahirkan (E)lmtaryd serta
nama kampung beliau (A)gunnaryd.
Kredit Foto: IKEA
Beliau mula merevolusikan pasaran perabot dengan memperkenalkan
kaedah ‘flat-packing’ pada tahun 1956. Kaedah ini menjadi identiti IKEA
di mana perabot disediakan dalam bentuk pecahan dan pelanggan boleh
memasang sendiri serta mengubahsuai mengikut citarasa. Kaedah ini
berjaya menarik perhatian pelanggan dan mengurangkan kos syarikat
Kredit Foto: Dailymail UK
Menurut penulis Malcolm Gladwell, pengasas IKEA Ingvar Kamprad
mempunyai sikap berhati-hati dan sikap yang mudah tidak bersetuju dengan
pendapat lain. Namun, beliau juga mengekalkan minda terbuka kepada apa
sahaja jenis idea. 3 sikap ini menjadikan beliau seorang innovator yang
sangat disegani.
Kredit Foto: Stichting INGKA Foundation
Disebabkan sikap di atas juga, beliau membawa keluarga beliau
berpindah ke Switzerland pada tahun 1973 sebagai tanda protes kepada
sistem cukai negara Sweden. Setelah berjaya membina IKEA menjadi
syarikat gergasi, Ingvar Kamprad memperkenalkan struktur pengurusan
kewangan di mana syarikat IKEA diletakkan di bawah yayasan beliau,
Stichting INGKA Foundation. Duit yang diperolehi oleh yayasan ini HANYA
boleh digunakan untuk dua tujuan sahaja; melabur kembali kepada
perniagaan IKEA atau menderma ke arah kebajikan.
Kredit Foto: Cargurus
Beliau juga disegani kerana sikap berjimat dan rendah diri. Walaupun
sudah bergelar billionair, beliau masih membeli tikat penerbangan kelas
ekonomi, duduk di hotel murah sewaktu melancong dan memandu kereta
buatan VOLVO yang sama semenjak dua dekad yang lalu.
Kredit Foto: Wikimedia
Kini, IKEA mempunyai 370 cawangan di 47 negara. Jualan dari bahagian
makanan sahaja pada tahun lepas mencecah USD1.8 billion. Menurut rekod,
Ingvar Kamprad tidak pernah membuat sebarang pinjaman dari pihak bank
untuk perniagaan semenjak dahulu.
Kredit Foto: Express UK
Setelah tinggal di Switzerland selama 40 tahun, beliau berpindah
kembali ke Sweden pada tahun 2013 untuk berada lebih dekat dengan ahli
keluarga beliau semenjak isteri beliau kematian isteri beliau pada tahun
2011.
Kredit Foto: Telegraph
Beliau masih merupakan penasihat senior dan pembuat keputusan utama
bagi IKEA walaupun telah melepaskan jawatan pengerusi kepada anak
beliau, Mathias Kamprad pada tahun 2013. Walaupun sudah berumur 89
tahun, beliau masih mahu berkerja dan melakukan pelbagai perkara
berkaitan keusahawanan dan kebajikan.
Kredit untuk: http://safuanborhan.com Nota Editor: Artikel ini ditulis oleh Bantu Team untuk blog mereka,blogspace.bantu.my. Bantu.my merupakan platform jual beli online untuk khidmat atau skil berkaitan bisnes, teknologi & rekaan kreatif.
No comments:
Post a Comment