Di dalam hadis yang di riwayatkan oleh Imam Hakim di dalam mustadraknya menyebutkan:
” Kenderaan dajjal ialah seekor binatang antara jarak kedua telinganya adalah 40 hasta ”
Adakah ia sejenis kapal terbang atau sesuatu yang lain ?
Kalau kapal terbang kenapa dalam hadis itu ia tidak dikatakan sayap, tetapi kenapa dikatakan ia mempunyai telinga. Adakah Nabi Muhammad bermaksud bahawa telinga itu suatu perkara yang lain lagi?
Kalau
nabi Muhammad saw bermaksud bahawa telinga itu sayap, maka tidakkah
Nabi Muhammad saw tahu perbezaan antara sayap dan telinga ?
Burung-burung yang berterbangan menggunakan sayap disebutkan dalam surah al-An’am ayat 38.
Serangga juga terbang dengan menggunakan sayap. Tidak pernah ada binatang atau malaikat yang terbang menggunakan telinga.
Oleh itu, bagaimanakah kenderaan Dajjal itu boleh terbang dengan telinganya pula. Atau mungkin telinga itu bermaksud telinga yang lain.
Saya berpendapat 'Telinga' yang di maksudkan di dalam Hadis itu
ialah telinga yang lain yang menunjukkan juga kebenaran Nabi Muhammad
saw dan bertapa benarnya Baginda itu dan bertapa ajaibnya taqdir Allah swt ke atas alam ini.
Telinga itu adalah telinga Satellite :
Panjangnya lebih kurang 30 hingga 40 hasta.
Ia sememangnya dibuat bagai sebuah telinga untuk mendengar dan mengesan pancaran signal yang diarahkan kepadanya.
Kenderaan
ini adalah simbolik yang lebih tinggi daripada mana-manapun kenderaan
yang wujud dimuka bumi ini, kerana ia cukup berupaya untuk membawa
apa-apapun gambaran atau suara.
Kenderaan ini amat canggih sehingga boleh menghantar berita atau pengaruh dajjal seseluruh dunia dalam satu saat sahaja.
Kenderaan
Dajjal ini amat canggih dan boleh mempengaruhi manusia 24 sehari tanpa
henti. Selepas menaiki kenderaan ini, pengaruh yang dibawa akan dipancar
ke TV, atau telefon atau komputer di rumah-rumah.
Manusia sekarang sudah bertuhankan Dajjal dengan adanya kenderaannya ini.
Tanpa
Dajjal, sebahagian manusia tidak akan sanggup lagi hidup. Kalau tidak
percaya tanyalah orang-orang yang sudah dikuasai Dajjal, adakah mereka
sanggup hidup tanpa TV, telefon dan komputer?
*sumber dari: muhdhazrie.wordpress.com
kredit kepada: detikislam.blogspot.my
No comments:
Post a Comment