1Kedai Mudah

1Kedai Mudah
Pakatan Bersama Mudah.My

Friday, 26 February 2016

APABILA DIPATUK ULAR, APA TINDAKAN SEGERA ?

TINDAKAN SEGERA APABILA DI PATUK ULAR


Apakah yang anda harus lakukan jika dipatuk / digigit ular atau apabila anda syak anda dipatuk ular?

1. Pertama sekali anda mestilah bertenang. Jangan panik! Pastikan anda menjauhi ular tersebut dan cari tempat yang selamat. JANGAN PANIK! Hanya 18 dari 140 spesies ular Malaysia yang berbisa! Dan jika pun anda dipatuk oleh ular yang berbisa tidak semestinya ia menyebabkan kematian kerana majoriti dari gigitan ular adalah 'dry bites'.

2. Pada masa yang sama, cuba cam kan rupa, ciri2 dan warna ular tersebut bagi tujuan pengesahan spesies di hospital nanti. Di era moden ini, sila ambil gambar ular tersebut dgn smart phone (jenama mesin basuh pun boleh, tak semestinya iP)


3. Jangan mengikut adegan dalam cerita Hindi atau Tamil dengan memotong atau menghisap tempat gigitan ular tersebut! Ia sama sekali tidak membantu malah boleh menyebabkan kecederaan tisu menjadi lebih teruk! Juga boleh menyebabkan bisa ular merebak dgn lebih cepat di dalam tubuh pesakit akibat dikolom ganas oleh anda
Bisa ular di dalam badan mangsa akan segera merebak ke dalam saluran limfa dan adalah mustahil utk manusia menyedutnya semula.

4. Dapatkan bantuan segera. Anda boleh membuat panggilan kecemasan ke talian 999 untuk tujuan ini. Jika anda mempunyai rakan atau saudara dan tidak mahu menunggu, segera pergi ke hospital terdekat dengan anda.

5. Kurangkan pergerakkan pada anggota yg dipatuk ular. Memasang anduh atau splint utk mengurangkan pergerakkan adalah amat membantu.

6. Jangan ikat atau pasang torniquet pada anggota badan yg dipatuk ular! Ia tidak membantu merencatkan penyebaran bisa ular. Malah ia menambahkan kesakitan dan jika dibiarkan terlalu lama boleh merosakkan anggota yg terlibat akibat sekatan bekalan darah!

7. Kurangkan pergerakkan mangsa seminima yg boleh. Kekal bertenang sepanjang masa. Ini adalah penting kerana degupan jantung yg laju dan pergerakkan badan yg keterlaluan akan menyebabkan merebaknya bisa lebih pantas dan mungkin menyebabkan ganguan sistemik. Atas sebab ini juga elakkan pesakit terdedah kepada agen2 yg boleh mempercepatkan degupan jantung seperti minum kopi, minuman beralkohol dan rokok.

8. Cuci luka patukan ular itu dengan air yang bersih tanpa menyental atau menggosok2 lukanya. Juga, anggota yg dipatuk ular berkemungkinan akan bengkak akibat bisa ular tersebut. Oleh itu tanggalkan cincin, jam tangan, gelang dll yang mungkin akan tersangkut kelak akibat bengkak yg keterlaluan. Ini juga akan mengganggu pengaliran darah.

9. Jika ular sudah dibunuh, boleh bawa bangkai ular tersebut ke hospital bagi tujuan pengecaman spesies. Ini adalah penting bagi memastikan anti-venom yg tepat dapat diberikan seandainya perlu.
Harus diingat, berhati2 menguruskan bangkai ular tersebut. Walau ia telah mati, kita masih boleh terdedah kepada bisanya seandainya jari kita tertusuk pada taring ular tersebut.

10. Rawatan lanjut akan diberi oleh Pakar Perubatan Kecemasan di Hospital anda.

11. Tidak semestinya setiap gigitan ular memerlukan ubat Antivenom!
DIGIGIT ULAR TIDAK BERMAKNA WAJIB MENERIMA ANTIVENOM!!!

12. Antivenom perlu diberikan hanya pada kes2 yg memenuhi kriteria ketat envenomasi (systemic atau severe local). Ini adalah kerana antivenom itu sendiri mempunyai risiko komplikasi dan kesan sampingan terhadap pesakit dan tidak boleh diberikan sebarangan.

13. Keputusan memberikan ubat antivenom ini hanya akan dilakukan oleh Pakar Perubatan Kecemasan setelah dinilai dengan teliti berdasarkan ilmu dan pengalaman mereka bagi mengurangkan risiko seminima mungkin buat mangsa gigitan ular.

KESIMPULAN ?:

1. Cuba utk sentiasa bertenang jika digigit ular.

2. Kurangkan pergerakkan seminima mungkin. Pasang anduh jika perlu.

3. Dapatkan bantuan segera utk ke hospital. HUBUNGI 999 tanpa segan silu.

4. Sila cam kan rupa ular bagi tujuan pengesahan spesies di hospital untuk memudahkan strategi rawatan. Setiap jabatan kecemasan akan mempunyai album dengan galeri gambar ular bagi memudahkan pesakit mengecam jenis ular yg menggigit mereka.

5. Kaedah merawat gigitan ular memang mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Pemerhatian utk kesan envenomasi secara teliti adalah amat mustahak. Jika anda menunggu lama dan mahukan penjelasan sila bertanya kepada doktor atau kakitangan yg bertugas.

p/s:

APA YANG ANDA JANGAN LAKUKAN:

Tolong jangan berselfie ketika mengambil gambar ular tersebut.

Sumber :
Dr Abdul Rahman Abdul Kadir
Pakar Perubatan Kecemasan


------------------------------

Bagi Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang bertugas sebagai "first responder" dan merespon kes "snake bite" ilmu mengenai perkara ini amatlah perlu kerana ia nya bukan sahaja untuk keselamatan mangsa malah untuk keselamatan diri sendiri. Apa yang perlu di lakukan ialah, perlu balik kepada "algorithm" menyelamat DRABCD di mana PPP perlu pastikan kawasan persekitaran tersebut selamat dan pastikan pesakit bernafas dan mempunyai denyutan nadi.

Jangan sesekali "torniquet" (mengikat) anggota yang terkena dan jika orang awam sudah "torniquet" jangan buka sehingga sampai ke Jabatan Kecemasan & Trauma. Tambahan lagi, sebarang bentuk IM injection termasuk "pain killer" merupakan kontraindikasi bagi perkara ini kecuali atas pertimbangan Pakar dan Pegawai Perubatan Kecemasan.

No comments:

Post a Comment