1Kedai Mudah

1Kedai Mudah
Pakatan Bersama Mudah.My

Tuesday, 29 November 2016

MATEMATIK: 100 - 90 = 190. BETUL KE JAWAPAN NI ?

Betulkah jawapan nye adalah 190. Jangan salah sangka kerana ianya bukan perkiraan hukum pernomboran manusia !

Soalan di atas bukan merupakan kiratolak matematik yang benar menurut perhitungan manusia. Tapi ianya adalah hitungan matematik yang maha kaya dan maha pemurah - Allah Subahanahu Wa Ta'ala... Subhanallah...
Segala puji bagi Allah yang memiliki segala ilmu, manusia hanya di berikan sedikit ilmu Allah supaya kita mampu berfikir.
Begini perhitungan matematik sedekahnya :
100 - 10 = 190
Kita memiliki wang RM100, yang RM10 di sedekahkan, bererti wang kita tinggal RM90.
Tapi Allah Subhanahu wa ta'ala memberi kita ganjaran sedekah 10 X ganda dari yang kita sedekahkan tadi, bererti ganjaran dari Allah Subhanahu wa ta'ala adalah 10 x 10 = 100. Wang kita yang masih ada adalah RM90 di tambah hasil ganjaran dari Allah Subhanahu wa ta'ala 100, total wang kita menjadi RM190.

Subhanallah... wang kita tidak berkurang tapi malah bertambah, begitulah janji Allah Subhanahu wa ta'ala seperti dalam FirmanNya :  


مَن جَآءَ بِٱلْحَسَنَةِ فَلَهُۥ عَشْرُ أَمْثَالِهَا ۖ وَمَن جَآءَ بِٱلسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَىٰٓ إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

"Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)."

(QS Al-An'am Ayat 160)

Perhitungan matematik di atas masih terlalu kecil, masih ada perhitungan yang lebih dahsyat lagi menurut Firman Allah Subhanahu wa ta'ala :


مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍ ۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui."
(QS Al-Baqarah Ayat 261)

Jadi sedekah kita akan dilipat gandakan oleh Allah Subhanahu wa ta'ala menjadi 700 X. Subhanallah... Maha Suci Allah dengan segala firmanNya...

قَالُوا۟ سُبْحَٰنَكَ لَا عِلْمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْعَلِيمُ ٱلْحَكِيمُ

"Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".
(QS Al-Baqarah Ayat 32)


Petikan dari http://kisahislammasakini.blogspot.my

Thursday, 17 November 2016

7 SEBAB KENAPA PELAJAR GRED 'C' RAMAI JADI MANUSIA BERJAYA.


Jangan salah anggap andai kata anak anda kurang berjaya dalam pelajaran kerana ada 7 sebab yang anda perlu fikirkan.



1. Mereka faham apa yang mereka inginkan 

Pelajar "C" tidak menghabiskan banyak masa untuk kelas yang tidak penting.

Jika anda hendak menjadi seorang juruteknik, sudah jelas yang anda tidak perlu menulis karanngan yang panjang tentang budaya dan percutian anda.

Mereka berhenti mengambil kelas yang diperlukan dan lebih fokus pada pekerjaan yang berkaitan dengan subjek yang dapat membantu mereka ketika kerja.

"The only way to succeed, is to love what you do. Keep looking, don't settle" - Steve Jobs

2. Mereka mendapat pengalaman lebih awal.

Kebanyakan pelajar "C" mula bekerja lebih awal berbanding rakan sebaya yang lain, yang mana gred mereka rendah disebabkan mereka terpaksa ponteng kelas untuk mencari rezeki. Dalam masa yang sama, mereka mendapat pengalaman yang tidak ternilai harganya.

3. Mereka bina rangkaian.




Ketika pelajar "A" sibuk belajar, pelajar "C" berkomunikasi dengan ramai orang setiap hari. Dalam kehidupan sebenar, mengenali orang yang berkedudukan tinggi serta berkebolehan dalam komunikasi akan memberi kesan yang besar dalam kerjaya.

4. Mereka tahu menghayati hidup.

Baik ketika di kolej mahupun kerja, orang yang bahagia lebih berjaya. Mereka lebih mudah didekati dan dapat menceriakan keadaan, dan itulah salah satu kemahiran yang ketua anda mahukan.

5. Mereka mempunyai penyelesaian paling mudah.

Antara kata-kata Bill Gates yang terkenal, "I will always choose a lazy person to do a hard job. Because he will find an easy way to do it".

6. Mereka mengejar impian.

Kebanyakan kisah kejayaan datang daripada perasaan suka akan apa yang mereka lakukan. Apabila anda masuk ke kolej, anda sangat muda dan boleh jadi anda tidak memahami apa yang sebenarnya yang anda inginkan.



Sebagai contoh, Elizabeth Holmes, yang keluar dari Stanford hanya untuk mengejar cita-citanya. Kini, dia jutawan wanita termuda yang membuat perubahan besar dalam perubatan.

7. Mereka faham apa itu kesusahan.

Kejayaan memerlukan kebijaksanaan dari segi emosi, ketabahan, keinginan dan yang paling penting, kemampuan untuk mengatasi kegagalan.

Dalam bisnes ataupun kehidupan, anda akan ada saat jatuh dan bangun walau apa pun gred anda. Pelajar "C" akan lebih berjaya kerana mereka tahu apa itu kepayahan, bermula dengan lulus peperiksaan dan berakhir dengan mencari wang untuk memulakan bisnes.



Kredit motivasi ini dari: Tranungkite.net

Sunday, 6 November 2016

DAJJAL - ASAL KETURUNAN


Sebuah Kajian Hipotesis
“Dajjal Adalah Dari Suku Ashkenazi”
Di atas adalah pernyataan teori penulis tentang asal usul Dajjal. Hipotesis ini dilakukan secara ringkas sahaja melalui maklumat-maklumat dari buku, jurnal dan internet. Di bawah ini beliau ingin menjelaskan mengapa Dajjal berasal dari suku Ashkenazi.

Asal-Usul Keluarga Dajjal
 
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Nabi Khidhir, para malaikat dan Iblis yg di tangguhkan kematian sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung (kebiasaannya orang Yahudi memang berhidung sebegini). Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman a.s dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.
Apa itu Ashkenazi ?
Ashkenazi ialah nama suku (tribe) dari salah satu cabang dari bangsa Yahudi. Manakala Yahudi itu pula ialah berasal dari suku bangsa sebelah Siti Sarah iaitu isteri Nabi Ibrahim a.s. Semua anak keturunan dari perut Siti Sarah adalah digelar Bani Israel.

Bani Israel ialah gelaran kepada Nabi Yaakob a.s. yang mana semua keturunannya bermula dari Nabi Daud, Nabi Sulaiman sehinggalah Nabi Musa dan Nabi Isa adalah berketurunan Yahudi  yang digelar Bani Israel.
Populasi Suku Ashkenazi?
Populasi terbanyak adalah di Amerika Syarikat dimana dianggarkan seramai 5-6 juta orang menetap di sana. Diikuti pula oleh negara Israel, dianggarkan seramai 3-4 juta orang menetap di Israel.
Adakah Dajjal berketurunan Yahudi?
Pandangan peribadi penulis ialah: YA !
Tiada hadith khusus menyebut Dajjal dari keturunan Yahudi. Saya berpegang kepada atas 2 fakta sahih di bawah:
# 1 (Pertama) – Berdasarkan riwayat Ahmad dan Muslim dari Anas.
“Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi Isfahan yang memakai toga.”
=>> Orang-orang Yahudi mempunyai sifat semulajadi iaitu hanya mempercayai orang sebangsa dengan mereka. Ini disebabkan semenjak zaman Nabi Ibrahim lagi umat Yahudi berpegang bahawa mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah.
=>> Yahudi Isfahan mengikut arahan Dajjal kerana mereka tahu pemimpin mereka adalah berbangsa Yahudi seperti mereka.
# 2 (Kedua) – Berdasarkan realiti dunia hari ini yang dikuasai golongan Yahudi.
Saya telah menerangkan dalam artikel-artikel sebelum ini betapa Yahudi sejak 300 tahun dahulu telah pun menguasai dunia dari pelbagai aspek seperti:
  • Politik Antarabangsa
  • Ekonomi Dunia
  • Hiburan dan Perfileman
Di atas dua fakta di atas saya amat berkeyainan Dajjal berketurunan Yahudi. Cuma dalam artikel ini saya ingin mengkhusus akan suku-suku Yahudi itu.
# 3 (Ketiga) – Berdasarkan pendapat Janet Moser 
Janet Moser seorang pengkaji konspirasi Yahudi berpendapat bahawa Dajjal (AntiChrist) adalah dari bangsa Yahudi.
Dalam artikelnya yang bertajuk “THE EARLY JEWISH & CHRISTIAN VIEW OF THE IDENTITY OF THE ANTICHRIST”, Moser mengambil fakta dari kitab Injil dalam bab 11 (Daniel) ayat ke-37, yang berbunyi:
“Neither shall he regard the God of his fathers . . .nor regard any god: for he shall magnify himself above all.”
P/S: Sama ada ayat-ayat dari Injil benar atau tidak bukanlah tugas kita, ia adalah tugas cendekiawan-cendekiawan Islam untuk memperbetulkannya, misalnya Syeikh Ahmed Deedat, Syeikh Dr. Zakir Naik, Adnan Oktar, Muhammad Isa Dawud dan lain-lain. Namun apa yang hendak ditegaskan di sini ialah umat Kristian sendiri mempercayai bahawa Dajjal itu adalah berketurunan Yahudi.
Cuma yang boleh kita perhalusi ialah dari suku manakah Dajjal itu berasal kerana Yahudi mempunyai pelbagai cabang suku antaranya ialah:
  • Mizrahi
  • Khazar
  • Sephardi
  • Askhenazi
  • Samaritan
Sumber: http://ibnuyaacob.com.my/

Tuesday, 1 November 2016

KENAPA DAGING ANJING HARAM DIMAKAN ?

Setiap yang Allah perintahkan atau larang pasti terdapat hikmah atasnya.
Jika Allah mengharamkan sesuatu pasti terdapat keburukan di dalamnya, jika Allah menghalalkan sesuatu pasti ada kebaikan di dalamnya untuk kelangsungan hidup manusia di bumi ini. Kali ini, kita akan membahaskan mengapa daging anjing diharamkan ? Adakah sebab ilmiah yang dapat kita ketahui? Berikut penjelasannya.
Prof. Thabârah dalam kitab Rûh ad-Dîn al-Islâmi menyatakan,

"Di antara hukum Islam bagi perlindungan badan adalah penetapan najisnya anjing. Ini adalah mu'jizat ilmiyah yang dimiliki Islam yang mendahului ilmu kedoktoran moden. Perubatan moden menetapkan bahawa anjing menyebarkan banyak penyakit kepada manusia, disebabkan anjing mengandung cacing pita yang menularkannya kepada manusia. Ia menjadi sebab manusia terjangkit penyakit yang berbahaya, sehingga boleh membunuh.
Sudah ditetapkan bahwa seluruh anjing tidak lepas dari cacing pita sehingga wajib menjauhkannya dari semua yang berhubungan dengan makanan dan minuman manusia.
[Taudhîhul-Ahkam, Syaikh Ali Bassâm, 1/137].



Gambar cacing-cacing pita yang kotor yang boleh membunuh terdapat dicelah daging anjing.
Dalam riwayat lain:

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullâh Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

" Sucikan bejana kalian yang dimasuki mulut anjing dengan mencucinya 7 kali, salah satunya dengan tanah"
[HR Muslim no. 420 dan Ahmad 2/427]

Barangsiapa memelihara anjing selain anjing untuk menjaga binatang ternak dan anjing untuk berburu, maka amalannya berkurang setiap harinya sebanyak satu qirâth (satu qirâth adalah sebesar gunung Uhud)."
[HR. Muslim no. 2941].


Juga sabda beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam :

Penghuni rumah yang memelihara anjing selain anjing untuk menjaga binatang ternak atau anjing untuk berburu, maka amalannya berkurang setiap harinya sebanyak dua qirâth.
[HR. Muslim no. 2945].

Demikian juga Rasulullâh Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
Barangsiapa memelihara anjing, maka amalan shalehnya akan berkurang setiap harinya sebesar satu qirâth, selain anjing untuk menjaga tanaman atau hewan ternak.
[HR Muslim no. 2949].


Dari Abu Mas'ûd Radhiyallahu 'anhu beliau berkata:

Rasulullâh Shallallahu 'alaihi wa sallam melarang hasil penjualan anjing, mahar (hasil) pelacur, dan upah dukun.
[Diriwayatkan oleh Imam, Ahmad 4/118-119, 120, al-Bukhâri 7/28 dan Muslim no. 1567.]


Hadits Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu yang berbunyi, bahwasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda:

Semua yang memiliki gigi taring dari hewan buas maka memakannya haram. [HR Muslim 1933]

Meskipun demikian, bukan berarti apa yang Allah ciptakan adalah sia-sia atau tidak ada munafa'atnya. Karena Allah menciptakan alam semesta ini dengan tujuan yang haq (benar), dan Allah hendak menguji dari hamba-hambaNya siapa yang terbaik perbuatannya, dan Allah menguji siapa yang benar-benar beriman dan siapa yang masih ragu-ragu.

Lalu apa manafa'at anjing? Binatang yang satu ini dapat dimanafa'atkan untuk menjaga haiwan ternak atau juga boleh dijadikan haiwan pemburu. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Barangsiapa memelihara anjing selain anjing untuk menjaga binatang ternak dan anjing untuk berburu, maka amalannya berkurang setiap harinya sebanyak satu qiroth (satu qiroth adalah sebesar gunung uhud)."
(HR. Muslim).


'Abdullah mengatakan bahwa Abu Hurairah juga mengatakan, : "Atau anjing untuk menjaga tanaman."

Jadi anjing dapat dimanafa'atkan untuk menjaga binatang ternak dan khusus untuk berburu setelah dilatih terlebih dahulu.

"Jika kamu melepas anjingmu, maka sebutlah asma' Allah atasnya (Bissmillah), maka jika anjing itu menangkap untuk kamu dan kamu dapati dia masih hidup, maka sembelihlah."
(HR. Bukhari dan Muslim)


Wallahu a'lam bishshawab

Kredit untuk: detikislam.blogspot.my