Buah tin atau buah ara dikatakan berasal dari syurga.
Kebenaran A-Quran tidak
dapat dibantah lagi, bahkan banyak orang bukan Muslim menjadi Muallaf
setelah menelaah ayat-ayat Al-Qur'an. Beberapa ahli biologi asal Jepun
yang menyatakan memeluk Islam, selepas Al-Quran menguatkan hasil
penyelidikan dan kajian mereka.
Mereka memeluk Islam
bermula dengan satu penyelidikan mengenai zat bernama methalonids. Zat
protein ini keluar dari otak manusia dan binatang dalam jumlah yang
sedikit.
Zat methalonids sangat
penting bagi tubuh manusia dan dapat mengurangkan kolesterol. Selain
itu, zat ini juga berguna untuk menguatkan jantung dan menguatkan sistem
pernafasan.
Zat methalonids akan
dihasilkan dalam jumlah yang lebih banyak selepas umur 15 tahun hingga
35 tahun. Selepas usia ini hingga usia 60 tahun, pengeluaran bahan-bahan
ini akan berkurang kembali. Dengan demikian, zat methalonids termasuk
zat jarang ditemui dalam tubuh manusia. Dalam tubuh haiwan, bahan ini
juga didapati sangat sedikit.
Oleh itu, para
penyelidik Jepun berusaha mencari bahan methalonids dalam buah-buahan
dan mereka hanya mencari dalam dua jenis buah iaitu dari buah tin dan
zaitun yang sudah disebutkan dalam Al-Quran sejak berabad-abad lalu.
Dari penyelidikan, jika
mengambil salah satu dari dua buah tersebut tidak akan membuahkan hasil
yang diharapkan. Menurut mereka, jika satu biji buah tin dicampur
menjadi satu dengan enam biji buah zaitun, maka hasil yang diharapkan
dapat tercapai dengan baik .
Pada suatu masa lalu,
para penyelidik Jepun ini berhubung dengan seorang doktor berbangsa Arab
Saudi. Doktor Saudi ini meneliti penggunaan kata tin dan zaitun dalam
Al-Quran. Dia mencari kata " tin " disebutkan sebanyak satu kali dan
kata " zaitun " secara tegas sebanyak enam kali dan satu kali secara
tersirat. Akhirnya, doktor ini menghantar seluruh maklumat dari Al-Quran
kepada mereka dan setelah yakin atas ketepatan maklumat, mereka pun
menyatakan memeluk Islam.
*Diterjemahkan dari sumber islampos.com VIA detikislam.blogspot.my
No comments:
Post a Comment