1Kedai Mudah

1Kedai Mudah
Pakatan Bersama Mudah.My

Friday, 26 January 2018

HANDFON ANDA HILANG ? BAGAIMANA NAK CARI LOKASI IA BERADA ?


Sekadar perkongsian dari 1kedai Dotcom
Ramai masih tak tahu bagaimana cara nak cari atau 'block' telefon anda sekiranya ia hilang atau dicuri.

Contoh kes:

Saya telah kehilangan handfon ketika singgah sebentar di R&R. Maklumlah pelupa..

Tanpa buang masa lagi,  buka Laptop atau komputer dan terus Login Google akaun gmail yang pastinya ada hubungan dengan telefon anda.



Kemudian klik kat butang yang bertulis ikon My Account sebelah kiri kat atas tu. Lambang berbentuk perisai tu.


Lepas tu korang klik yang sebelah kiri dibawah bertulis 'Find your phone'.
Kemudian korang pilih aje yang mana telefon yang hilang tu. Maaf, saya memang ada banyak handfon. Yang lain-lain tu anak saya punya.

Kemudian korang layan jer apa butang tu mahukan. Password email sendiri tu jangan lupa pula.

Bila saja keluar form macam kat atas ni, pandai-pandai korang lah samada nak suruh dia berdering ke (walaupun telah di set silent)..cari lokasi handfon berdasarkan GPS ke, nak blok terus ke (sekiranya hilang), nak delete content handfon ke (yang ni kena habis fikir dulu).

Perkongsian ilmu ini saya ikhlas kerana Allah. Kalau rasa ianya berguna tuan-puan share aja atas niat sedekah.

Sekian dari Pakcik of 1Kedai Dotcom

No comments:

Post a Comment