1Kedai Mudah

1Kedai Mudah
Pakatan Bersama Mudah.My

Wednesday, 26 April 2017

BERAPAKAH UMUR LANGIT DAN BUMI ?

Usia Langit dan Bumi

"Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia berkuasa di atas 'Arsy. Tidak ada bagi kamu selain daripada-Nya seorang penolong pun dan tidak (pula) seorang pemberi syafa'at. Maka apakah kamu tidak memperhatikan? " (QS. Al-Sajdah 32:4)

Katakanlah, "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagi-Nya? (Yang bersifat) demikian itu adalah Rabb semesta alam "(QS. Al-Fushshilat 41:9)
 
SATU dari sekian banyak contoh yang dirincikan Al-Qur'an adalah umur bumi dan alam semesta ini, yang kata orang bahawa bumi kita ini sudah tua. Lalu bagaimanakah Al-Qur'an menceritakan tentang perihal tersebut? dan bagaimana pula sistematik butiran?

Menurut kajian saintis, umur alam semesta atau disebut 'langit' dalam bahasa Al-Qur'an memang lebih 'tua' dari bumi. Berdasarkan QS. Al-Sajdah: 4 Allah SWT meletakkan kata 'langit' sebelum 'bumi'. Lalu, mengapa Allah selalu mendahului kata 'langit' dari pada 'bumi' dalam setiap firman-Nya? Berikut butiran.

Analogi: Allah SWT. menciptakan langit dan bumi dalam enam masa (QS.Al-Sajdah 32:4), serta menciptakan bumi sebagai tempat tinggal dalam dua masa (QS. Fushshilat 41:9).
 
Menurut para ahliGeologi, meninjau dari batuan meteorit tertua, anggaran umur bumi adalah sekitar 4,560 juta (4.56 bilion) tahun. Kembali ke Al-Qur'an jika umur langit 6 masa dan umur bumi 2 masa, maka perbandingannya adalah 6: 2 = 3: 1, jadi umur alam semesta dapat kita cari dengan cara yaitu 4,560 juta tahun × 3 = 13,680 juta tahun. Itu adalah perhitungan umur umur alam semesta atau 'langit' versi Al-Qur'an.
 
Sampel batu meteorit Camel Donga yang gugur di Australia.
 

Fakta: Versi sains modern menyatakan tentang sebuah teori bernama Big Bang yang menyebutkan bahawa umur alam semesta 13,700 juta tahun lampau. Angka tersebut hampir mendekati angka anggaran umur alam semesta versi Al-Qur'an. Subhanallah, apakah ini suatu kebetulan?

Terdapat perbezaan 20 juta tahun antara perhitungan sains moden dengan Al-Qur'an. Namun, perbezaan ini bukanlah menjadi suatu perbezaan yang ketara. Dan kita boleh menyimpulkan bahawa Al-Qur'an merupakan sumber kajian dan pedoman yang sangat tepat. Wallahu'alam Bissawab.

Sumber perkongsian ilmu dari islampos.com dan detikislam.blogspot.my

No comments:

Post a Comment