1. Masalah hiperaktif di kenal dalam psikologi sebagai Attention Deficit Disorder (ADD).
3. Lazimnya ditandai semasa masih bayi lagi. Dia selalu menangis panjang dan kuat. Tidurnya pendek dan sukar berehat.
4. Dia juga sukar duduk diam, selalu mengganggu orang lain, susah tidur dan agresif.
5. Puncanya belum dikenalpasti. Boleh jadi faktor keturunan, ibu yang
stres, elergi, asma, eksim atau migrane. Juga jika berlaku komplikasi
masa melahirkan. Jadi, para ibu muda, rajin-rajinlah jaga kesihatan diri.
6. Biasanya, anak ADD ini, lebih cerdas dari tahap biasa. Namun,
kerana tidak tahu, ibu bapa selalu terlalu keras menghukum atau terlalu
manjakan. Akhirnya hiperaktif anak itu semakin parah.
7. Hakikatnya, cara didik anak-anak ADD berbeza dengan anak-anak yang normal.
Memang kita perlu tegas untuk membentuk disiplin tetapi jangan hukum
berlebihan jika dia lakukan kesalahan.
8. Ibu bapa dan guru memang lebih tertekan. Jadi perlu miliki kesabaran yang
tinggi, berikan kasih sayang, selalu curahkan perhatian agar
tingkahlakunya terkawal.
9. Seringkali amarah dan tidak sabar ibubapa buatkan mereka hiba dan
sedih. Jadi, bantulah mereka agar sentiasa ceria dan boleh melakukan apa
yang dia minat. Di sinilah bakatnya boleh mula dilihat.
10. Saat paling kritikal adalah di awal persekolahan. Pilihlah sekolah
yang punyai situasi terbaik dan pelajar-pelajar cerdas tinggi agar bakatnya
turut berkembang. Jika pelajarnya nakal, anak ini mungkin semakin
parah.
11. Makanan anak hiperaktif hendaklah dikawal. Makanan manis hendaklah
dikurangkan. Gula adalah sumber tenaga. Jika berlebih dia akan menjadi
lasak dan agresif.
12. Sebaiknya nasi juga dari beras perang. Ini lebih banyak khasiat dan zatnya masih terpelihara.
13. Dapatkan nasihat doktor bagi senarai makanan yang terbaik boleh ambil.
14. Kerapkan berjumpa guru besar dan guru, jelaskan masalah anak dan dapatkan nasihat mereka.
15. Seorang guru, Cikgu Anum pernah mengajar anak hiperaktif ini. Dia
mendidik anak hiperaktif dengan kasih sayang & sabar meskipun ada guru
lain yang tidak setuju denganya. Mereka tak mahu anak hiperaktif itu terlalu
dimanjakan.
16. Akhirnya anak hiperaktif itu mampu belajar dan terus berjaya
sehinggalah dewasa. Sekarang dia sudah jadi jururawat lelaki yang
profesional.
17. Doa ibu bapa amatlah makbul. Sentiasalah dirikan solat dan berdoa
kepadaNya. Dia Maha Pelindung, Maha Pendidik dan Maha Penolong.
18. Semoga catatan ini dapat memberi inspirasi kepada ibu bapa yang
anaknya bermasalah hiperaktif atau ADD. Bi'iznillah. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment