Mukjizat Al-Qur'an -
Peristiwa tidur panjang yang pernah dialami oleh Ashabul Kahfi merupakan
mukjizat sekaligus fenomena saintifik yang sangat menakjubkan. Bagi
sebahagian orang, mungkin merasa sukar untuk mempercayai dan menganggap
peristiwa yang melegenda ini hanya mengada-ada atau sekadar cerita
rekaan belaka. Padahal, Al-Quran tidak memerlukan justifikasi kerana
merupakan kitab suci yang penuh hikmah dan tidak ada keraguan di
dalamnya.
Ayat Al-Qur'an, dengan tegas Allah swt menegaskan:
"Alif laam miim. Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (QS. Al-Baqarah 2: 1-2)
Kisah Ashabul Kahfi
sendiri telah diterangkan dengan begitu jelas dalam Al-Quran Surat
Al-Kahfi. Tujuan Allah menurunkan Surah Al-Kahfi adalah untuk menjawab
cabaran kaum kafir terhadap Nabi Muhammad Saw. tentang 'manusia gua'
yang hidup selama beratus-ratus tahun sebelum Nabi dilahirkan dan
menjadi lagenda bagi kaum Yunani dan Yahudi.
Kisah tidur panjang
tujuh pemuda dan seekor anjing ini bermula ketika mereka lari untuk
menyelamatkan diri ke dalam sebuah gua setelah dikejar pasukan tentera
yang ingin membunuh mereka disebabkan keteguhan hati mereka yang tidak
mau menyeru kepada Tuhan lain selain Allah. Lantas Allah pun menunjukkan
kebesarannya dengan menidurkan mereka selama 309 tahun, lalu kemudian
Allah membangunkannya.
Mungkinkah
itu terjadi? Masuk akalkah ?. Bagi orang yang minima ilmu pasti
menganggap kisah ini tidak lebih dari sekadar dongeng seperti kisah
Lampu Aladin. Walaupun kisah ini diluar batas kewajaran, Allah swt
justru berfirman menepis anggapan salah dari fikiran kita:
"Atau kamu mengira
bahawa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) anjing itu,
mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang menghairankan (QS.
Al-Kahfi 18: 9)
Ingat, dalam keajaiban lembaran alam ini, masih ada ciptaan yang melebihi keajaiban pada kisah ini. Ibnu Kathir berkata:
"Apa yang terjadi pada
Ashabul Kahfi, bukanlah perkara yang menghairankan apabila kita melihat
kuasa Allah yang lain. Seperti, penciptaan langit, bumi, pergantian
siang dan malam, penundukan bulan dan bintang dan yang lain. Dia Maha
Kuasa atas segala sesuatu. Tidak ada yang istimewa pada kisah Ashabul
Kahfi, sehingga Allah tidak sanggup melakukannya.
Pembuktian Ilmiah Kisah Ashabul Kahfi
Ashabul Kahfi boleh
dengan tenang dan tetap sehat tidur selama kurun waktu yang lama tanpa
mengalami sakit dan terluka. Tempat ini pun tidak ada penghuninya,
sehingga tempat ini sesuai untuk kehidupan mereka. Allah swt telah
memenuhi semua keperluan mereka.
Semua itu disebabkan beberapa faktor berikut:
A. Nyah-aktif fungsi deria pendengaran. Suara dari luar boleh membangunkan orang yang sedang
tidur. Ini seperti dijelaskan dalam ayat:
"Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu" (QS.Al-Kahfi 18:11)
Yang dimaksud dengan
"tutup telinga" disini adalah dengan mematikan fungsi telinga. Indra
pendengar adalah satu-satunya deria yang bekerja terus menerus dalam
semua keadaan yang juga menghubungkan seseorang dengan sesuatu yang
berasal dari luar. Sistem penting ini bertanggung jawab atas keadaan
bangun dan sedar, juga pengaktifan operasionalisasi sistem tubuh secara
menyeluruh.
Dalam keadaan
penonaktifan, seperti dalam kes pembiusan, seseorang boleh masuk ke
dalam tidur yang dalam. Semua sistem operasi yang utama dan sistem panas
tubuhnya juga menurun seperti dalam keadaan tidur dan terputus dengan
dunia luar.
Allah berfirman:
"Kami jadikan tidurmu untuk istirahat" (Qs. An-Naba '78: 9)
Keadaan ini menyebabkan dua hal:
Pertama: Menjaga sistem
tubuh mereka dari kehilangan fungsinya agar tetap hidup dan bekerja
secara minimum. Bagi mereka, jarum waktu berhenti selama mereka berada
di dalam gua. Padahal, jarum waktu masih berputar di luar gua. Ini
seperti terjadi pada sel dan kulit luar yang terjaga pada kadar haba
yang rendah. Sel dan kulit itu berhenti berkembang, walaupun masih
hidup.
Kedua: penonaktifan
pemangkin bahagian dalam yang boleh membangunkan orang yang sedang tidur
normal dengan perantara sistem yang telah disebutkan diatas, seperti
sakit, lapar, haus atau mimpi yang mengejutkan.
B. Di bawah Jagaan Allah: Allah swt juga
menjaga tubuh mereka dalam keadaan sihat secara perubatan dan
melindunginya baik dari dalam maupun luar, dengan cara berikut:
Pertama: Membolak-balikkan badan secara terus menerus selama tidur.
Seperti dalam bunyi ayat:
"Dan kamu mengira mereka
itu bangun padahal mereka tidur; dan kami balik-balikkan mereka ke
kanan dan ke kiri, (QS. Al-Kahfi 18:18)
Cara ini dilakukan agar
tanah tidak memakan tubuh mereka saat tikar membusuk di kulit mereka,
juga saat pembuluh darah dan paru-paru menggumpal. Hal inilah yang
disyorkan oleh perubatan moden dalam memberikan terapi pesakit yang
tidak sedarkan diri atau orang-orang yang tidak mampu bergerak kerana
lumpuh dan yang lain.
Kedua: Tubuh Ashabul
Kahfi dan laman gua menghadap sinar matahari dengan kadar yang seimbang
dan mencukupi di awal dan akhir siang hari untuk melindungi tubuh mereka
dari kadar basah dan keracunan di dalam gua yang gelap.
Seperti dijelaskan dalam ayat ini:
"Dan kamu akan melihat
matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan
bila matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri, (QS. Al-Kahfi
18: 17)
Seperti diketahui secara
perubatan, matahari itu penting seklai untuk pembersihan, pengukuhan
tulang dan kulit manusia dengan pembentukan vitamin D melalui kulit dan
manfaat lain.
Al-Qurthubi dalam
tafsirnya berkata mengenai ayat: "Bila matahari terbenam menjauhi mereka
ke sebelah kiri" maksudny adalah bahagian kiri mereka terkena sengatan
matahari.
Mukjizat Al-Quran Bahagian dalam Gua Ashabul Kahfi
Ketiga: Ada celah di
atas bumbung gua yang menghubungkan laman gua dengan dunia luar. Celah
dan laman itu membolehkan gua mendapat cukup pengudaraan dan cahaya. Ini
terlihat dalam firman Allah swt berikut:
"... Mereka berada dalam
tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebahagian dari tanda-tanda
(kebesaran) Allah. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka
dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka
kamu tidak akan mendapat seorang pemimpinpun yang dapat memberi
petunjuk kepadanya. (QS. Al-Kahfi 18:17)
Keempat: Allah swt
melengkapi mereka dengan keselamatan dari gangguan apapun. Mereka seakan
tidak mati dan tidak tidur kerana badan mereka sentiasa bergerak ke
kanan dan ke kiri. Ditambah dengan adanya anjing yang berada di pintu
halaman gua sebagai security ala zaman sekarang.
Allah berfirman:
"Dan kamu mengira mereka
itu bangun padahal mereka tidur; dan kami balik-balikkan mereka ke
kanan dan ke kiri, sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki di muka
pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling
dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan
dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka. (QS. Al-Kahfi 18:18).
Kelima: Allah menjaga
kesihatan mata mereka dengan keadaan tidur. Seperti diketahui dalam ilmu
perubatan, mata yang tertidur akan lebih terjaga kerusakannya
berbanding jika mata selalu dalam keadaan terjaga. Kerana jika keadaan
mata terbuka di dalam gua yang gelap gelita pada waktu yang lama, akan
mengalami kerosakan mata yang mengakibatkan kebutaan. Sehingga keadaan
tidurlah yang paling tepat untuk menjaga tubuh dan terutama mata.
Allah berfirman: "Dan kamu mengira mereka itu bangun padahal mereka tidur; (Qs. Al-Kahfi: 18)
Dalam ayat ini
seolah-olah Allah mengatakan bahawa keadaan tidur mereka seperti orang
bangun. Selain ditandai dengan bergerak-geraknya tubuh mereka, juga
boleh tersirat bahawa mata mereka sesekali terbuka (berkelip) untuk
menjaga mata mereka dari kebutaan.
Mukjizat Al-Quran Monumen Gua Ashabul Kahfi
Kesimpulan:
Bahawa Allah swt ingin
menunjukkan dengan kisah ini kepada seluruh umat manusia, keajaiban
secara ilmiah bagi mereka yang mahu berfikir dan meneliti. Padahal
sekiranya Allah berkehendak, tanpa perlu dengan proses saintifik untuk
menjaga Ashabul Kahfi inipun boleh saja terjadi. Dan itu sangat mudah
bagi Allah.
Seakan Allah juga ingin
menunjukkan bahawa Al-Qur'an yang seharusnya diyakini oleh seluruh
manusia, adalah benar-benar Kitab yang tidak hanya mengajarkan ibadah
pada Allah saja, tetapi juga mengajarkan ilmu pengetahuan yang luar
biasa.
Subhaanallah .. laa haula walaa kuata illa billah. (Alquin / BaitulMaqdis.com)
Sumber: Buku Mukjizat Al-Qur'an dan Hadits melalui http://detikislam.blogspot.my
No comments:
Post a Comment