1Kedai Mudah

1Kedai Mudah
Pakatan Bersama Mudah.My

Tuesday, 27 September 2016

KAJIAN PEMASARAN INTERNET DAN PEMBELI DI MALAYSIA

Kenapa website dan blog pemasaran kumpulan 1kedai Dotcom kesemuanya berbahasa Melayu sejak 2008 ? Ini pendapat saya dari kajian yang dibuat yang relevan dengan tulisan saudara Al-Hakim Marzuki.



Tadi saya ada buat sedikit kajian. Mungkin data ini kurang tepat. Ini hanyalah statistik saya buat sendiri berdasarkan sumber seperti yang dinyatakan di dalam gambar.
.
Jom kita buat andaian berdasarkan gambar di atas:
>> 70% dari 3 juta adalah pembeli produk fizikal = 2 juta.
>> 50% dari 2 juta adalah pembeli produk kesihatan = 1 juta.
>> 10% dari 1 juta adalah suka membaca online = 100 ribu.
.
Data tidak boleh di andai-andaikan, kerana jika tersilap walau hanya 1%, segala statistik sudah jadi tidak relevan dan boleh merugikan prestasi sesebuah syarikat.



   Malaysia (31 juta)
   Melayu (15 juta)
   Facebook (7 juta)
   Pembeli Online (3 juta)
   Produk Fizikal (2 juta)
   Produk Kesihatan (1juta)
   Pembaca Online (100 ribu)
.
Hanya mahu visualize sahaja berapa ramai target market yang releven dengan e-commerce kami nanti. Kalau kesemua 100 ribu prospek ini menjadi kipas-susah-mati brand kami, ia sangat AWESOME!
.
Banyak lagi yang perlu di timbang berat lagi. Mungkin prospek akan jadi lebih sedikit. Takpa, kita pelan-pelan kayuh.


Tulisan Al-Hakim Marzuki.

KESAN MINUM COKE PADA BADAN ANDA SELEPAS 1 JAM



Apa kesan meminum air Coke kepada badan anda ?
Hanya setelah 1 jam, hasilnya mengejutkan anda. Baca seterusnya.

Pernahkah anda terfikir tentang apa yang berlaku selepas pengambilan iar berkarbonat seperti Coke ?

Satu infografik menarik dari blog 'Truth Theory' telah menunjukkan kesan sampingan pengambilan minuman seperti Coca-Cola terhadap badan manusia yang memudaratkan hanya sejam selepas kita meneguknya.


Selepas 10 minit pertama:

10 sudu gula mula memasuki sistem badan anda. Ia menyamai 100% keperluan gula harian anda dalam hanya satu tin Coke.
Kandungan asid fosforik didalam minuman tersebut menghindarkan badan anda dari rasa nak muntah akibat dari rasa manis yang melampau dan membolehkan anda menelan minuman tersebut.

Selepas 20 minit seterusnya:

Paras gula dalam darah anda meningkat secara mendadak. Ini menyebabkan insulin dalam badan anda dirembes secara tiba-tiba.
Hati anda mula mengalami kesannya dengan bertindak menukar gula yang berlebihan tersebut kepada lemak.

 Selepas 40 minit:

Minuman seperti Coke mengandungi kandungan kafein yang tinggi selain dari gula. Pada masa ini, penyerapan kafein mula berlaku dalam badan anda.
Ini menyebabkan anak mata anda terbuka luas. Tekanan darah pula meningkat naik dan sebagai tindakbalas, hati anda mula menyingkirkan lebih banyak gula kedalam sistem peredaran darah.
Serta merta, sistem saraf Adenosine di dalam otak anda telah dihalang bagi mengelakkan anda dari kurang sedar ataupun pengsan.

Selepas 45 minit:

Badan anda mula menghasilkan dopamine dan merangsang bahagian tertentu otak anda. Dopamine menghasilkan kesan ketenangan sama seperti mengambil heroin.

Selepas 60 minit berikutnya:

Elemen-elemen seperti asid fosforik mula bertindak balas dengan unsur kalsium, magnesium dan zink bagi menambah metabolisma badan.


 
Kesan kafein pula akan menyebabkan anda merasa ingin kencing dan ini akan membuang kebanyakan kalsium, magnesium dan juga zink yang sepatutnya digunakan untuk menguatkan tulang, menyebabkan tulang anda kekurangan zat-zat harian.

Pada masa ini, 'kegilaan' di badan anda mulai beransur pulih dan badan anda akan mengalami fenomena yang dipanggil 'sugar crush'.
Anda akan mengalami rasa mudah marah, lembap serta keletihan melampau yang disebabkan kandungan gula dalam darah menurun secara mendadak. Kesan ini adalah sama seperti penagih heroin yang menjadi tidak tentu arah setelah kesan dadah tersebut menghilang.

Kesan yang sama seperti dadah.

Ketika mengulas lanjut mengenai fenomena ini, pakar pemakanan Nutricentre.com iaitu Ella Alfred berkata bahawa pengambilan minuman bergas secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu menghidap masalah kesihatan seperti masalah jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Amat sukar untuk mengelakkan dari meminum minuman bergas kerana gula dan kafein merangsang otak mengikut cara yang sama seperti dadah kokain dan heroin yang menyebabkan anda merasa kesan 'ketagihan' yang seterusnya merosakkan sistem badan anda.


Kredit untuk:  http://www.tambahcheese.com

Monday, 26 September 2016

PENDAPAT SEORANG YAHUDI TENTANG ISLAM



Michael David Shapiro:
 
“Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..
Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia “Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.

Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam… Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?
Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.
Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.
Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan… Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.
Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya’. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.
Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.
Lepas tu aku bertanya pada diriku “Mana aku akan mula?” Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja.”
 
 
Ok, lepas tu.. “ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, ’10 Commandments’, Taurat, jiwa Yahudi…apa,.. apa jiwa Yahudi?
Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)’…. tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).
Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?…hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.
Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?
Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?
Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini… Ok kita tengok isu lain pula…
Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli’. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..
Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil… tak logik… aku tak percaya.
Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia’.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata “Bapa, kenapa aku dibuat begini?” Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam….
Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami.
Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.
Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.
Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.
Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament” atau Christianity di dalam ‘New Testament”. Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan “Juda” dan “ism” sementara Christinity daripada perkataan “Christ” dan ” ianity”…
Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.
Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.
Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah “Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah “Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ?
Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.
Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu… tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku… Tak masuk akal.
Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku. Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.
Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..
Allahu Akbar…….
Oleh Michael David Shapiro
Wallahualam..”
 
Kredit untuk:  detikislam.blogspot.my

Friday, 23 September 2016

ADAKAH SEKITAR MATA ANDA ADA BINTIK PUTIH SEPERTI INI ? AWAS !!..

 Kolesterol Tinggi - bintik-bintik putih kecil yang timbul sekitar mata 

7 Ciri-Ciri Anda Mungkin Kena Serangan Jantung Disebabkan Kolesterol Tinggi Meskipun Anda Kurus.

Jika anda tidak mahu berisiko mengalami pelbagai penyakit kerana kolesterol , maka anda harus berwaspada ciri ciri kolesterol tinggi sejak awal . Gangguan kesihatan yang biasanya dialami oleh orang dewasa ataupun warga tua ini adalah sebuah gangguan kesihatan yang banyak berisiko untuk menimbulkan terjadinya penyakit lain yang lebih kronik . 

Cuba tengok wajah sendiri ada tak bintik-bintik putih kecil yang timbul sekitar mata? Atau benjolan warna kuning pada hujung kelopak mata. Kalau ada jaga-jaga, kemungkinan besar tahap kolesterol anda tinggi.

Ini bahaya untuk kesihatan sebab kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan penyakit jantung dan serangan strok. Sekarang dua penyakit ini sudah dihidapi ramai golongan muda, dalam lingkungan usia 30-an pun sudah ada yang mengalaminya.
Tapi selain dari ciri yang disebutkan tadi, ada 6 lagi tanda yang menunjukkan tahap kolesterol anda tinggi. Kalau rasa simptom di bawah ini ada pada diri atau pun pasangan cepat cepatlah bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan sebelum terlambat.

1. Kaki sering berasa kebas
Ia terjadi kerana darah bergumpal menyebabkan alirannya ke bahagian kaki tidak lancar.
2. Mudah letih dan cepat mengantuk 
Peningkatan kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan kita cepat mengantuk.
3. Senak dada sebelah kiri
Ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolesterol terlampau tinggi.
4. Sering sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher
Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
5. Kaki membengkak 
Ini kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
6. Timbul bintik-bintik putih (biji lemak)
Ia hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar trigliserida yang tinggi.
7. Tanda kuning muda
Pada tengah atau hujung kelopak mata - merupakan mendapan kolesterol, ada juga yang mengalami benjolan pada padat siku, tumit atau lutut.
Selalunya kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan pemakanan yang berlemak. Sekiranya tanda-tanda dah mula dirasai jaga pemakanan dan agak malang kalau dah tahu petanda ni tapi diabaikan atau tak berjumpa doktor.
Sumber Kolesterol - Pemakanan Berlemak
Bercakap tentang kolesterol, ramai yang akan menganggap hanya mereka berbadan gemuk atau berisi sahaja berdepan dengan masalah ini Menurut pakar diet tanggapan itu sebenarnya memang salah berikutan kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah tidak bergantung kepada saiz badan seseorang Justeru itu, tidak pelik jika seorang yang kurus turut mempunyai paras kolesterol yang tinggi 


Kredit untuk:  http://www.tranungkite.net/v12