1Kedai Mudah

1Kedai Mudah
Pakatan Bersama Mudah.My

Sunday, 19 June 2016

HATI-HATI DENGAN CICAK ! RAMAI ORANG TAK TAHU.

Inilah Penjelasan Kenapa Kita Harus Berhati-Hati Dengan Cicak Dirumah Yang Ramai TAK TAHU !!


Cicak adalah salahsatu binatang yang tidak asing lagi bagi kita. Bahkan Binatang kecil ini sering kita jumpai melekat di dinding rumah kita. Keberadaannya dirumah kita memang tidak terlalu mengganggu, namun kita harus tetap waspada, kerana menurut maklumat yang saya baca ternyata cicak termasuk binatang yang berbahaya dan boleh membahayakan kita juga.

Dalam dunia ruqyah, setiap Roqy memahami bahawa cicak itu adalah salah satu makhluk pembawa sihir dan harus dibunuh. Didalam sahih Muslim disebutkan: Barangsiapa yang membunuh cicak pada satu kali pukulan maka baginya seratus kebaikan. Dan jika pada pukulan kedua maka baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang pertama), dan jika pada pukulan ketiga maka baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang kedua).

Dalam hadis lain:
Ibnu Majah meriwayatkan didalam “Sunan” nya dari Saibah Maulah al Fakih bin al Mughiroh bahawa dirinya menemui Aisyah dan melihat di rumahnya terdapat sebuah tombak yang tergeletak. Dia pun bertanya kepada Aisyah, “Wahai Ibu kaum mukminin apa yang engkau lakukan dengan tombak ini?” Aisyah menjawab, “Kami baru saja membunuh cicak-cicak. Sesungguhnya Nabi saw pernah memberitahu kami bahawa tatkala Ibrahim as dilemparkan ke dalam api tak satu pun binatang di bumi pada masa itu kecuali dia akan memadamkannya kecuali cicak yang adalah untuk menyemarakkan apinya. Maka Rasulullah saw memerintahkan untuk membunuhnya. “Kitab” az Zawaid “menyebutkan bahawa hadis Aisyah ini sahih.

Pada saat melakukan ruqyah rumah, biasanya apabila dibacakan surat Al Baqarah dengan anehnya ada cicak tiba-tiba jatuh dan mati atau kadang-kadang mencari cicak mati dengan tubuh hangus. Anda boleh percaya atau tidak, yang jelas kita harus tetap waspada. Kerana cicak sering dijadikan media pembawa sihir. Banyak dari golongan jin yang malih rupa menjadi cicak (haiwan melata) untuk meletakkan racun sihir dirumah

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah menghabarkan kepada kami bahwasannya jin itu terdiri dari tiga kelompok. Pertama, jin yang selalu beterbangan (melayang) di udara, kedua, jin dalam wujud haiwan melata dan ketiga, jin yang mempunyai tempat tinggal dan suka bepergian “(HR. Thabrani, Hakim, Baihaki dengan sanad yang sahih).

Sahabat .. selain cicak sering dijadikan media sihir, perlu diketahui pula ternyata cicak itu mengandungi bakteria berbahaya iaitu Bakteria Escherichia Coli atau E Coli. Escherichia Coli telah dikenali sebagai mikrob yang boleh menyebabkan sakit perut dan boleh membahayakan kesihatan tubuh. Tahi cicak juga ternyata boleh menembusi plastik, sebuah kajian pernah menunjukkan bahawa kotoran Cicak merosakkan skrin handphone.

Jadi .. Daripada keterangan diatas, inilah bukti bahawasanya kita harus berhati-hati dengan cicak di rumah. Semoga bermanfaat .. sila di share ..

Kredit untuk: http://www.syifa.info

No comments:

Post a Comment