1Kedai Mudah

1Kedai Mudah
Pakatan Bersama Mudah.My

Saturday, 25 June 2016

ELAK 10 KESALAHAN DALAM KIRIM PERMOHONAN KERJA MELALUI EMEL


Khas bagi semua pencari kerja sekarang:

1. Menggunakan nama pada emel dan alamat emel yang tak profesional. Contohnya seperti odie eido <odiekosmos@gmail.com>. Dalam urusan rasmi seperti permohonan kerja, lebih elok jika nama dan alamat emel yang digunakan nampak profesional seperti Ameirul Azraie <ameirulazraie@yahoo.com>.

2. Menghantar permohonan kerja kepada banyak penerima/syarikat dalam satu permohonan. THIS IS A BIG NO-NO! Ambil contoh permohonan kerja menggunakan hardcopy, logik ke nak hantar satu Cover Letter & CV yang sama kepada banyak penerima/syarikat? Memang tak logikkan? Samalah juga konsepnya kalau anda menghantar permohonan kerja melalui emel, satu emel permohonan kerja kepada satu syarikat sahaja.

3. Tidak menulis apa-apa maklumat langsung di ruangan Subject emel. Ketahuilah bahawa HR bukannya seorang Nujum Pak Belalang yang boleh meneka tujuan emel dihantar dan apakah jawatan yang anda ingin mohon jika tidak dinyatakan di ruangan Subject emel.

4. Menghantar lampiran-lampiran seperti Cover Letter, CV dan lain-lain dokumen dalam format selain pdf format. Elakkan menghantar dokumen dalam format word, jpeg dan sebagainya. Paling saya tak boleh terima, hantar attachments yang ada dalam Google drive. Bila klik Google drive, tak boleh nak access. Elok sangatlah tu, delete je lah permohonan kerja tu jawabnya.

5. Menggunakan nama fail untuk CV yang nampak tak profesional. Contoh-contohnya seperti Resume (2), My CV-111 dan RESUME_new17. Seelok-eloknya namakan sahaja fail CV anda seperti ini: CV - Ameirul Azraie.

6. Saiz fail yang terlalu besar. CV yang panjangnya 2-4 muka surat dalam format pdf saiznya cuma sekitar 250-350 KB, manakala Cover Letter yang panjangnya 1 muka surat dalam format pdf saiznya cuma sekitar 10-50 KB. Kalau saiz fail anda lebih besar dari ini sila semak semula apa saiz gambar yang mungkin anda sertakan dalam dokumen-dokumen tersebut. Elakkan menghantar fail yang bersaiz besar kerana anda tidak mahu memenuhkan kapasiti inbox emel HR dengan emel anda yang mempunyai fail bersaiz besar. Silap haribulan kena archive atau lagi teruk kena delete terus.

7. Menghantar terlalu banyak lampiran. Secara umum, dalam permohonan kerja melalui emel cukup sekadar anda melampirkan Cover Letter & CV. Segala dokumen lain seperti sijil dan transkrip biasanya HR akan minta anda bawa semasa sesi temu duga.

8. Menghantar permohonan kerja melalui emel yang di forward kan daripada permohonan kerja sebelumnya. Ini yang orang kata common sense is not so common nowadays.

9. Tidak menulis apa-apa di body emel. Ingat, emel surat iringan (email Cover Letter) ini wajib ditulis walaupun anda telah lampirkan Cover Letter.

10. Emel surat iringan yang terlalu ringkas atau terlalu panjang. Pastikan anda menulis emel surat iringan dengan panjang 3-5 perenggan. Jika kurang dari 3 perenggan mungkin emel surat iringan terlalu ringkas manakala jika lebih dari 5 perenggan mungkin emel surat iringan terlalu panjang.

Semoga perkongsian ini akan sedikit sebanyak dapat membantu dalam memperbaiki adab permohonan kerja melalui emel anda pada masa akang datang.


Petikan dari:
#‎AmeirulAzraie‬
-Coach Penulisan CV-

No comments:

Post a Comment