1Kedai Mudah

1Kedai Mudah
Pakatan Bersama Mudah.My

Wednesday, 18 May 2016

RAJIN BERSOLAT. TAPI TETAP DAPAT MURKA ALLAH, KENAPA ?


Rasulullah saw bersabda: Islam dibangun di atas lima hal; bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allh, menegakkan shalat. (HR Bukhri dan Muslim).

Seorang Muslim tentu sudah paham betul bahwa sholat merupakan tiang dari dien ini. Oleh karena itu, ketika muadzin mengumandangkan adzan, kaum muslimin berbondong-bondong mendatangi rumah-rumah Allah Taala, mengambil air wudhu, kemudian berbaris rapi di belakang imam shalat mereka. Mulailah kaum muslimin tenggelam dalam dialog dengan Allah Taala dan begitu khusyu menikmati shalat sampai imam mengucapkan salam. Dan setelah usai, masing-masing kembali pada aktifitasnya.Imam Hasan al-Bashri rahimahullh pernah mengatakan: Wahai, anak manusia. Shalat adalah perkara yang dapat menghalangimu dari maksiat dan kemungkaran. Jika shalat tidak menghalangimu dari kemaksiatan dan kemungkaran, maka hakikatnya engkau belum shalat.
Dalam kesempatan lain, Rasulullah saw juga bersabda: Barang siapa yang memelihara sholat, maka sholat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara sholat, maka sesungguhnya sholat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya. (Tabyinul Mahaarim).
Kemudian Rasulullah saw juga bersabda bahwa: 10 orang sholatnya tidak diterima oleh Allah swt, di antaranya:
1. Lelaki yang sholat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Lelaki yang mengerjakan sholat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya
4. Lelaki yang melarikan diri.
5. Lelaki yang minum arak tanpa mau meninggalkannya (taubat).
6. Perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Perempuan yang mengerjakan sholat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba.
10. Orang yang sholatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan munkar.
Sabda Rasulullah SAW, Barang siapa yang sholatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya sholatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah swt dan jauh dari Allah.
Imam Hassan r. a berkata : Kalau sholat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan sholat. Dan pada hari kiamat nanti sholatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.
Subhanallah.. Semoga kita semua terhindar dari segala amal ibadah dan perbuatan yang tidak diridhai oleh Allah SWT.. Amiin Amiin Ya Rabbal alamiin.

Kredit: Tranungkite.net

Thursday, 5 May 2016

BAGAIMANA IKEA DIASASKAN OLEH INGVAR KAMPRAD


Perjalanan Hidup Pengasas IKEA – Ingvar Kamprad


IKEA merupakan jenama pilihan kebanyakan warga Kuala Lumpur dan Selangor apabila mahu mencari barang kelengkapan rumah. Namun disebalik populariti jenama antarabangsa ini, tidak ramai dari kita yang kenal akan pengasasnya — Ingvar Kamprad, seorang usahawan dari Sweden yang memulakan IKEA pada 70 tahun yang lalu.
Perjalanan Ingvar Kamprad sebagai seorang usahawan kecil sehingga mencapai nilai kekayaan sebanyak USD48.1 billion (anggaran RM200 billion ++), menjadikan beliau antara salah seorang dari self-made billionair atau bllionair yang datang dari golongan sederhana terkaya di dunia.
Usahawan perabot ini terkenal dengan sikap innovatif, gemarkan kehidupan yang ringkas dan sangat merendah diri. Sikap yang masih dikekalkan dari muda sehingga kini di mana beliau sudah mencecah umur 89 tahun. Jom kita lihat ringkasan perjalanan hidup pengasas IKEA ini:


Kredit Foto: Business Insider
Kredit Foto: Business Insider
Beliau dilahirkan di selatan Sweden pada tahun 1926, dan menunjukkan sikap keusahawanan seawal umur 5 tahun, di mana beliau mula menjual kotak mancis. Pada umur 10 tahun, beliau sudah mula menjual pelbagai barang seperti ikan, hiasan krismas dan pensil melalui cara berbasikal dari rumah ke rumah.


Kredit Foto: Wikimedia
Kredit Foto: Wikimedia
Walaupun beliau mempunyai penyakit Dyslexia yang menyebabkan beliau sukar menguasai pelajaran, namun berjaya mencapai keputusan cemerlang sewaktu berumur 17 tahun. Bapa beliau memberi sedikit duit sebagai hadiah dan beliau menggunakan duit tersebut untuk membuka IKEA pada tahun 1943. Pada awalnya, IKEA tidak menjual sebarang perabot sebaliknya menjual barang-barang kecil seperti bingkai gambar. 5 tahun kemudian, baru IKEA mula menjual perabot.


Kredit Foto: Business Insider
Kredit Foto: Business Insider
Beliau menamakan perniagaan beliau IKEA sempena nama beliau (I)ngvar (K)amprad, dan nama ladang di mana beliau dilahirkan (E)lmtaryd serta nama kampung beliau (A)gunnaryd.


Kredit Foto: IKEA
Kredit Foto: IKEA
Beliau mula merevolusikan pasaran perabot dengan memperkenalkan kaedah ‘flat-packing’ pada tahun 1956. Kaedah ini menjadi identiti IKEA di mana perabot disediakan dalam bentuk pecahan dan pelanggan boleh memasang sendiri serta mengubahsuai mengikut citarasa. Kaedah ini berjaya menarik perhatian pelanggan dan mengurangkan kos syarikat


Kredit Foto: Dailymail UK
Kredit Foto: Dailymail UK
Menurut penulis Malcolm Gladwell, pengasas IKEA Ingvar Kamprad mempunyai sikap berhati-hati dan sikap yang mudah tidak bersetuju dengan pendapat lain. Namun, beliau juga mengekalkan minda terbuka kepada apa sahaja jenis idea. 3 sikap ini menjadikan beliau seorang innovator yang sangat disegani.


Kredit Foto: Stichting INGKA Foundation
Kredit Foto: Stichting INGKA Foundation
Disebabkan sikap di atas juga, beliau membawa keluarga beliau berpindah ke Switzerland pada tahun 1973 sebagai tanda protes kepada sistem cukai negara Sweden. Setelah berjaya membina IKEA menjadi syarikat gergasi, Ingvar Kamprad memperkenalkan struktur pengurusan kewangan di mana syarikat IKEA diletakkan di bawah yayasan beliau, Stichting INGKA Foundation. Duit yang diperolehi oleh yayasan ini  HANYA boleh digunakan untuk dua tujuan sahaja; melabur kembali kepada perniagaan IKEA atau menderma ke arah kebajikan.


Kredit Foto: Cargurus
Kredit Foto: Cargurus
Beliau juga disegani kerana sikap berjimat dan rendah diri. Walaupun sudah bergelar billionair, beliau masih membeli tikat penerbangan kelas ekonomi, duduk di hotel murah sewaktu melancong dan memandu kereta buatan VOLVO yang sama semenjak dua dekad yang lalu.


Kredit Foto: Wikimedia
Kredit Foto: Wikimedia
Kini, IKEA mempunyai 370 cawangan di 47 negara. Jualan dari bahagian makanan sahaja pada tahun lepas mencecah USD1.8 billion. Menurut rekod, Ingvar Kamprad tidak pernah membuat sebarang pinjaman dari pihak bank untuk perniagaan semenjak dahulu.


Kredit Foto: Express UK
Kredit Foto: Express UK
Setelah tinggal di Switzerland selama 40 tahun, beliau berpindah kembali ke Sweden pada tahun 2013 untuk berada lebih dekat dengan ahli keluarga beliau semenjak isteri beliau kematian isteri beliau pada tahun 2011.


Kredit Foto: Telegraph
Kredit Foto: Telegraph
Beliau masih merupakan penasihat senior dan pembuat keputusan utama bagi IKEA walaupun telah melepaskan jawatan pengerusi kepada anak beliau, Mathias Kamprad pada tahun 2013. Walaupun sudah berumur 89 tahun, beliau masih mahu berkerja dan melakukan pelbagai perkara berkaitan keusahawanan dan kebajikan.

Kredit untuk: http://safuanborhan.com
Nota Editor: Artikel ini ditulis oleh Bantu Team untuk blog mereka,blogspace.bantu.my. Bantu.my merupakan platform jual beli online untuk khidmat atau skil berkaitan bisnes, teknologi & rekaan kreatif.