1. Guna limau kasturi
Ini cara hilangkan sakit kepala menggunakan petua orang lama. Perah
limau kasturi atas kepala dan ramas-ramaskan rambut. Sambil-sambil ramas
rambut, picit bahagian kepala yang rasa sakit. Kulit limau jangan
dibuang. Masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih. Selepas siap
sesi ramas dan picit kepala, jiruskan air yang mengandungi kulit limau
atas kepala dan badan.
2. Urut dengan minyak panas
Antara cara untuk hilangkan sakit kepala yang terbukti berkesan adalah
dengan mengambil minyak panas dan dilumurkan di bahagian kepala,
tengkuk dan di belakang telinga. Setelah menyapu minyak tersebut, ia
diikuti dengan urutan ringan di bahagian tersebut. Hanya selepas
beberapa minit, kombinasi minyak panas dan urutan dapat menghilangkan
sakit kepala tadi. Cara hilangkan sakit kepala ini sesuai untuk orang
yang biasa dengan minyak panas. Jika tidak biasa, tidak perlu cuba. Ini
kerana, ada orang yang langsung tidak tahan denga minyak Cap Kapak!
3. Guna pek ais
Letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Ini akan buat kita rasa
kebas atau numb. Jika tiada ice pack, balutkan sahaja ais yang dibeli
di pasaraya dengan tuala kecil. Pegang dan letakkan di kepala untuk
beberapa minit.
4. Jauhi MSG
Pernah dengar atau tidak dialog ini, “Aku rasa, aku sakit kepala ni
sebab kedai makan tadi tu letak banyak sangat Ajinomoto”. Monosodium
glutamat (MSG) ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa. Ia
berasal dari asid amino, dipanggil asid glutamik, yang wujud secara
semula jadi dalam pelbagai jenis makanan. Ramai orang yang mengalami
sakit kepala mendapati bahawa makanan yang mengandungi MSG mencetuskan
migrain atau lain-lain jenis sakit kepala, mungkin disebabkan oleh
hakikat bahawa ia merangsang neuron.
5. Rehatkan diri
Orang kata, tidak elok makan ubat selalu. Apa kata kita tahan buat
sementara waktu. Apabila sakit kepala menyerang dan anda berada di
tempat yang sesuai untuk berehat seperti di rumah, apa kata anda baring
seketika di tempat yang gelap dan bebas daripada sebarang bunyi yang
bising. Walaupun anda hanya dapat rehat selama 30 minit sekalipun, ia
sedikit sebanyak dapat melegakan sakit kepala tersebut. Cara hilangkan
sakit kepala ini nampak mudah, tetapi sukar untuk berehat jika berada di
pejabat.
6. Guna epal dan cuka epal cider (apple cider vinegar)
Kedua-dua epal dan cuka epal boleh digunakan untuk melawan sakit
kepala. Dikatakan, bau epal hijau dapat mengurangkan sakit kepala.
Bukan itu sahaja, cuka epal juga boleh mengembalikan keseimbangan asid
dan alkali dalam badan.
Bila bangun pagi dan rasa sakit kepala, makan sepotong epal yang ditaburkan garam. Minum air masak.
Alternatif lain, letakkan 3-4 sudu cuka epal dalam air suam. Basahkan
tuala dengan air suam bercampur cuka epal tadi dan letakkan di kepala
yang terasa sakit.
7. Minum air elektrolit
Tidak kurang juga ada orang melaporkan dengan meminum air elektrolit,
seperti 100 Plus dan Revive. Ia dapat mengembalikan bendalir dan tenaga
dalam badan, dan merupakan salah satu cara untuk hilangkan sakit
kepala. Memandangkan air tersebut mengandungi gula dan kandungan tenaga
yang agak tinggi, elakkan dari mengambilnya dalam kuantiti yang
banyak. Cukuplah sekadar dapat mengatasi sakit kepala tadi dan bukan
jadikannya minuman harian.
8. Letak kain basah di dahi
Anda juga boleh meletakkan kain basah yang sejuk di atas dahi anda
sambil baring. Seperti cara gunakan pek ais, cara hilangkan sakit kepala
ini dapat mengecutkan saluran darah dan mengurangkan pengaliran darah
ke kepala supaya ia tidak berasa terlalu tertekan. Sambil baring, anda
boleh cuba untuk bertenang dan berehat selama beberapa minit sehingga
anda berasa lega.
9. Rendam kaki dalam bekas air panas
Lagi satu cara hilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki
anda di dalam bekas air panas. Dengan ini anda boleh menarik pengaliran
darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas
bahagian kepala anda.
Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda dapat rasakan
kelegaan dari sakit kepala tadi. Cara hilangkan sakit kepala dengan cara
rendam kaki ini sesuai dilakukan di rumah sahaja. Jika di pejabat,
tentu sekali sukar!
10. Rawatan akupuntur
Bagi mereka yang sering sakit kepala secara berulang-ulang, anda boleh
mendapatkan rawatan akupuntur sebagai cara untuk hilangkan sakit
kepala. Mengikut fahaman akupuntur, jarum kecil yang dimasukkan di
bawah permukaan kulit dapat menyelaraskan kembali aliran tenaga atauqi
di dalam badan.
Tambahan lagi
Pastikan anda minum air yang mencukupi, sekurang-kurangnya dua liter
setiap hari. Lagi banyak, lagi bagus. Kandungan air dalam badan sangat
penting. Dengan memastikan pengambilan air yang mencukupi ini, anda
dapat menghindari dari dehidrasi yang boleh mengakibatkan sakit kepala
tersebut.
Kredit untuk Ketam Batu www.tranungkite.net