Anda tentu biasa dengan topi bentuk kon di majlis-majlis keramaian atau harijadi / tahun baru bukan ? Nama sebenar dalam budaya asalnya dipanggil 'Topi Sanbenito'.
Setiap pergantian tahun baru Masehi, trompet dan topi kon tidak boleh ditinggalkan. Di balik semua itu, ada sejarah yang tersimpan berkaitan dengan umat Muslim di masa lalu.
Dalam kajian Kristologi
yang disampaikan Irena Handono, semasa Raja Ferdinand dan Ratu Isabela
(keduanya penganut Kristian) berkuasa di Andalusia, ketika itu kaum
Muslimin dibunuh tetapi memberi jaminan hidup kepada orang Islam dengan
satu syarat, yakni keluar dari Islam.
Maka untuk membezakan
yang mana sudah murtad dan yang mana belum keluar dari Islam adalah
dengan mengenal pasti seseorang muslim itu memakai baju seragam dan topi
berbentuk kon dengan nama Sanbenito. Jadi, Sanbenito adalah sebuah
tanda berupa pakaian khusus untuk membezakan individu yang telah keluar
dari agama Islam ( murtad ).
Ketika itu umat Islam di
Andalusia dibunuh, kecuali bagi mereka yang memakai topi Sanbenito.
Topi itu digunakan semasa keluar rumah termasuk ketika ke pasar. Dengan
menggunakan sanbenito, mereka selamat dan tidak akan dibunuh.
Selepas pembunuhan
selesai, agenda Ratu Isabela selanjutnya adalah mengejar orang Islam
yang lari dan bersembunyi ke Amerika Selatan. Orang Islam yang ditangkap
lalu diseret ke lembaga inkuisi (penyeksaan) yang dilaksanakan oleh
orang gereja. Adapun paderi pertama yang dilantik Ferdinand dan Isabela
untuk melaksanakan penyeksaan tersebut adalah paderi bernama Torquemada.
Dia adalah Pengarah Yahudi yang dikenali sebagai pembunuh umat Islam
Andalusia.
Bukan hanya orang Islam
sahaja yang diseret ke lembaga penyiasatan, tapi juga orang Yahudi yang
menolak masuk Kristian. Di tanah lapang, ada yang dibakar hidup-hidup,
ada pula yang diseksa dengan kayu yang diruncingkan sehingga punggungnya
akan tertusuk. Penyeksaan lain seperti mematahkan tulang kaki berlaku.
Selepas enam abad
peristiwa kejam tersebut, berjuta-juta umat Muslim di dunia mengenakan
topi kon Sanbenito ketika menyambut tahun baru Masehi. Ketika pergantian
tahun, mereka dengan wajah gembira membunyikan trompet, teeeeet ! dan
sama sekali tidak faham makna topi di kepalanya itu.
Kredit untuk: Detik Islam dari sumber islampos.com / Gambar sumber dari Google
Kredit untuk: Detik Islam dari sumber islampos.com / Gambar sumber dari Google